Jom Follow

Jumaat, 7 September 2012

Kerja Kita!!

Syukur.
Telah sampai rumah.
Azan maghrib kami masuk rumah.
Disambut gembira oleh Si Amar.
Seharian tak jumpa makbapa.

Kat Kluang.
Ada 2 appt.
Dua-dua positif, setakat jam 7.57 petang.
Esok lusa belum tahu lagi.
Harap positifnya akan kekal lama.

Kami bertolak ke Kluang.
Lepas hantar Baby ke sekolah.
Dari situ terus ke Kluang.
Singgah isi perut & isi petrol di R & R Seremban.
Hentian Rehat Pagoh, tukar drebar.
CDM Kartini drive sampailah ke destinasi pertemuan.

Lepas pertemuan pertama.
Kami berpisah sementara.
Aku bergerak ke Simpang Renggam.
Solat Jumaat kat sana.
Aku pun tak tahu kenapa aku bergerak ke sana.
Saja-saja nak tengok Simpang Renggam...
Dari Kluang ke Simpang Renggam hanya 30 KM saja.
Dekat sangat, jalan menuju sana pun clear.
Lalu lepasi Ladang Kelapa Sawit Sime Darby.
Dapatlah juga pengalaman baru.
Aku solat jumaat di Masjid Jamek Al Falah Batu 7.
Sampai awal, sempat rehat kat Masjid.
Apa yang menarik, ada anggota Rela jaga parking.
Rela perempuan la...tak kan lelaki pulak.

Lepas solat.
Bergerak ke Kluang.
Ambil CDM Kartini jam 2 lebih.
Lepas tu kami bergerak ke rumah SM Murni.
Santai-santai kat rumahnya sambil melantak sakan mee sup.
Jam 4.30 petang bergerak semula ke KL.
Tukar drebar kat Hentian Rehat Nilai.

Jumaat sungguh bermakna.
Biz semakin laju.
Biz rakan niaga pun akan laju.
Ramai rakan niaga baru muncul.
Rakan biz semakin paham, apa itu MLM.
Apa yang paling penting mereka buat.
Appt paling utama.
Tanpa appt, tiada biz.
Tiada biz, tiada income.
Nak ada appt, mesti ada prospek.
Senarai prospek jangan habis.
Kena sentiasa tambah.
Orang berhenti adalah biasa dalam MLM.
Jadi teruskan menaja dan bimbing rakan niaga.
Itu kerja kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger