Jom Follow

Selasa, 18 September 2012

Juaadahs: Restaurant Chinese Muslim Cuisine.

Entri pagi tadi aku dah share.
Nak lunch kat sini.
Dah sampai pun.
Tak ada orang lagi.
Tak susah nak cari.
Belakang Tesco Extra Shah Alam.

Buka baru 6 bulan.
Dah berkira-kira nak buka lagi.
Bagusla tu!!!

Parkir pun banyak.
Tapi kalau pi masa makan tengahari sikit sukar.
Tapi sukar pun, bila dapat menikmati hidangan.
Hilang segala payah tersebut.
Satu lagi harganya taklah mahal sangat.

Staf 11 orang.
Tunggu pun tak lama sangat.
Banting yang menyambut anda.
Kami sampai awal. Tenang. Belum ada orang lagi. Lepas jam 12.30....

Lai Ci Kang.
Wow! Tengok gambar pun boleh terliur.

Ini lagi.
Masakan ikan pun ada 11 menu. Pilih saja yang anda suka. Tak kecewa. Tadi kami pilih ikan siakap masak asam steam.

Mango Sago Lo. Memang sedap...
Inilah Chef Loong. Berpengalaman lebih 30 tahun. Sempat sembang, ternyata memang pakar memasak.
Menunya...

Makanan yang kami oder. Sotong goreng telur masin. Siap tambah oder. Sedap punya pasal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable