Jom Follow

Selasa, 18 September 2012

Monolog Makan.

Sebuah novel & Nasi goreng ikan masin.
Sampai pagi esok baru boleh melantak semula.

Jangan buat lawak. Ini belum jam 6 petang.
Aku pasti kamu akan melantak lagi sebelum kamu tidur.
Tengok tuan aku dah boleh agak.
Tak lepas pada makan.hi!hi!hi!hi!

Itu dulu.
Aku hari ini tak sama aku dulu.
Aku cecah 40 tahun tak sama dengan aku kurang 40 tahun.
Aku lepas puasa, tak sama belum puasa.

Semua orang boleh cakap.
Cakap free. Tak bayar apa-apa.
Cakap lain, buat lain.
Kalau jadi hari ini, esok belum tentu lagi.
Kamu tu, tak kuat disiplinnya.
Hi!hi!hi!hi! Bukan hari ini aku bersama kamu.
Sejak dulu lagi.
Tak payah nak cakap besar.

Aku bukan suruh kamu percaya.
Aku tak penting kamu percaya @ tak.
Paling penting aku percaya pada aku.
Kau tunggu saja. Lihat saja.
Jadi ke tak jadi.
Aku kena jadi.
Tak boleh harap jadi.
Dunia kena jadi, baru sungguh-sungguh usaha.
Orang Islam wajib ada disiplin.
Bukan wajib saja, tapi berdisiplin sehingga maut datang jemput.

Wow!
Hebatnya kau hari ini.
Kalau jadi.
Awal-awal lagi aku bagi tahniah!!!!

Add caption

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable