Jom Follow

Rabu, 19 September 2012

Menabung Lagi!!!!

Malam tadi sempat sembang dengan Encik Khairol.
Jumpa dan dengar perkongsian ilmu darinya.
 
Dah berhenti dari Hai-O.
Dah sepenuh masa bersama CIMB Wealth Advisors Berhad.
Bagaimana nak urus duit untuk kesenangan sesudah malas bekerja.
Invest dalam unit trust bagi orang macam aku.
 
Lagi molek invest tiap-tiap bulan secara konsisten katanya.
Mula-mula je kena rm500 dan tiap-tiap bulan paling minimum rm200. 
Kalau buat berterusan sehingga umur aku 55 tahun.
Dah berapa banyak terkumpul....dah boleh senang dah masa tu. 
Menabung selama 15 tahun lagi...

Syok juga dengar. Aku sebenarnya nak invest duit rm 1 yang aku simpan.
 Aku dok pikir-pikir apa nak buat dengan rm1 yang simpan. 
Nak beli emas, rasa tak cukup. Berapa sangat rm1 yang aku boleh simpan sebulan. 
Tapi kalau sekadar rm200 tu memang cukup. 
Kalau tak invest, duit tu terbang entah ke mana. Kena buat sesuatu.

Geng-geng yang menabung rm5 tu. 
Dah kira. Dah berapa yang terkumpul. 
Jangan guna. 
Mesti invest. 
Kita akan tengok akhir nanti. 
Berapa yang kita boleh dapat....

Add caption

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable