Jom Follow

Selasa, 11 September 2012

Janji Demokrasi.

AMalam amatlah indah.
Walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut
senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi
dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk
lebih bersejarah.
Kita di mana-mana sajalah
Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini
makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang
berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad
untuk tulus damai berbakti,
menjerit: Janji Demokrasi,
ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk
mengalir kr Dataran;
di mana sajalah kini kita rai
kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira
ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit
senyaringnya: Janji Demokrasi!
sehinggalah janji itu turut
menjeritnya sendiri.

A Samad Said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger