Jom Follow

Isnin, 17 September 2012

Walid Tekun Berniaga!


Seperti yang aku janji.
Nak cite sikit pasal budak yang aku jumpa di Downtown Cheras.
Namanya Walid.
Umur 32 tahun.
Masih solo.
Asal Dabong, Kelantan.
(Aku sembang2 pun pasal nampak mudah mesra)
Jual pakaian budak-budak.
Sewa tapak lebih kurang RM600 sebulan.
Tapi sewa bulan puasa cecah RM2000.
Income bulanan biasanya 3,4 ribu sebulan.
Lepas raya, sakit jugakla.
Tak ramai yang serbu downtown.
Kalau serbu pun tak ramai yang membeli belah.
Stok pun tak tambah.
Guna stok bulan puasa.
Aku tengok pun stok tak banyak.
Lepas puasa ni.
Nak dapat RM100 pun susah.

Dulu kerja CIMB.
Beranikan diri berniaga.
Nak bebas dan tak suka buat kerja rutin.
Sekarang berbiz sepenuh masa.
Tinggal kat Seri Kembangan.
Dulunya kat Gombak.
Bila kami bagitahu kami buat Hai-O.
Dia tahu dan pernah ikuti kelas di Selayang.
Buka jam 9 malam.
Tutup jam 1 pagi.
Atau ikut keadaan pengunjung.
Kalau ramai, buka lagi lama.
Ikut permintaan.
Nak baju budak branded punya boleh cari Walid.
Servisnya memang tip top.
Mudah mesra dan tak lokek berkongsi info.
Kami pun beli kat Walid semalam untuk Amar &Amza.

Nak berniaga.
Mesti ada keberanian.
Kalau takut, memang tak akan berniaga.
Kalau takut, cakap pasal berniaga dah kecut perut.

Aku pasti.
Usaha berterusan akan membuahkan hasil.
Mana tahu sikit hari lagi akan jadi usahawan bertaraf jutawan.
Jejak orang kita tak tahu. Asalkan ada kerajinan dan tekun.
Jangan jadi macam pemilik tapak downtown.
Nak senang, bagi sewa.
Berapa sangat dapat. 
Kalau berbiz sendiri lagi besar masuknya.
Nak cepat, nak senang. Tak nak ada masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger