Jom Follow

Isnin, 17 September 2012

Downtown Cheras.

Semalam.
Dah janji dengan Aiman.
Nak ke Downtown Cheras.
Nak beli jersi bola katanya.
Liverpool punya team.

Jam 12.
Kami anak beranak bergerak ke sana.
Nasib baik, tak terlalu ramai orang.
Senang je nak parkir.

Aiman beli jersi & seluar boxer.
Mim pula beli tudung & jersi buat 2 si kecik.
Aku cukup dengan jalan-jalan lihat orang berniaga.

Dah dapat apa yang nak.
Boleh cabut.
Semalam juga cabut tanpa membedal stimbot.
Dah hasrat nak beli jersi. Singgah kat kedai ni lah...Tubuh kecil, size tak banyak ada..
Trend terkini. Ramai peniaga jual seluar boxer. Dulu-dulu tak ada orang jual. Sekarang dah ramai. Boxer jenama terkenal.hihihihi. Setahu aku, seluar boxer ni seluar dari Siam. Aiman pakai boxer sejak dulu lagi. Bila dah jumpa. Beli juga 2 helai. Tambah koleksi yang ada. RM5 sehelai.
Tudung! Anak tudung!Pilihan Si Ibu. Masa nak gi kool je. Macam tak nak beli apa-apa. Sampai sana, lain pula kisah.
Vallet juga jadi pilihan peniaga kali ini. Banyak booth yang jual vallet kulit, semuanya branded. Harganya boleh tahan RM30.
Salah seorang peniaga kat Downtown Cheras. Nantikan entrinya.
Jual macam-macam ubat. ubat gegat, racun tikus. ubat jentik-jentik...banyak sangat nak tulis. Penuh meja tu..
Balik.
Singgah kat Fulamak Sup.
Pekena sup dulu..
Jam 3 pagi. Tetap berselera membedal. Fulamak sup. 24 jam punya warong.
 

2 ulasan:

Powered By Blogger