Syukur.
Masih dipertemukan dengan hari jumaat.
Bertambah umur seminggu lagi.
Bertambah dekat menuju ke kehidupan abadi.
Semakin berkurang umur yang berbaki.
Bersedia atau tidak, kehidupan ini tetap berakhir.
Saat dan ketikanya tak siapa yang tahu.
Apa yang perlu ialah sentiasa bersedia.
Nak buat amal sekarang adalah masanya.
Nak buat kebaikan sekarang adalah masanya.
Bila dah ke sana.
Menangis air mata darah sekali pun kita tak akan kembali ke sini lagi.
Nak menyesal sekarang.
Nak bertaubat sekarang.
Nak buat apa-apa pun sekarang.
Hidup hanya sekali.
Usah terperangkan dengan tipu daya dunia.
Mencari kehidupan bagus.
Teruskan tetapi jangan lupa Allah.
Mencari rezeki teruskan, tetapi jangan lupa Allah.
Keluar pagi, balik pagi teruskan, tetapi jangan lupa Allah.
Keluar rumah, 2,3 hari baru balik teruskan, tetapi jangan lupa Allah.
Outstation, teruskan tetapi jangan lupa Allah.
Solat & doa jangan lupa.
Solat berjemaah lagi molek.
Kalau ke lima-lima waktu dapat solat berjemaah di masjid @ surau lagi molek.
Kalau tak dapat kelima-lima waktu berjemaah, usaha juga untuk solat isyak & subuh berjemaah.
Kalau tak dapat juga isyak & subuh berjemaah, usaha juga untuk solat subuh berjemaah.
Aku tahu, nak buat ini bukan mudah.
Nak buat secara istiqamah lagi susah.
Tapi kena usaha juga ke arah tu.
Aku amat respect mereka yang istiqamah solat berjemaah.
Ada yang dah lebih 10 tahun solat berjemaah kelima-lima waktu solat.
Aku nak dapat penuh sehari pun susah.
Kadang-kadang dapat. Kadang-kadang tidak.
Dapat subuh, terlepas zohor & asar, dapat maghrib, terlepas isyak.....hu!hu!hu!
Bukan tak tahu, besarnya pahala yang boleh dapat.
Tapi kuat, gagahnya kita tergantung kepada tahap keimanan kita, bukan pada ilmu yang kita ada.
Kalau ikut ilmu, semua orang tahu, pahala solat berjemaah di masjid & surau& balaisah adalah 27 kali ganda.
Tapi kena, hanya beberapa kerat je yang bersolat kat sana. Tak sampai pun satu saf.
Kat sini iman yang tentukan dan bukannya ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan