Jom Follow

Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedai Makan.. Papar semua catatan

Rabu, 26 September 2012

Belanga Mid Valley.

Balik dari NST Bangsar.
Kami singgah dulu Mid Valley.
Cari makan dulu sebelum balik.
Hajat dihati nak cari kedai arab.
Rupa-rupanya di Mid Valley tak ada.
Jumpa 'Belanga' je.
LG 2308 The Garden.

Restoran Belanga. Sediakan masakan Kelate.
Nasi Tumpang Udang.
Nasi Belauk Ikan.

Nasi Dagang Ikan Tongkol.
Lopat Tikam.
CDM Kartini; Berseleranya. Best. Nasi Tupang.
Harganya boleh tahan juga.
Almaklumla duduk di Mid Valley.
Sewa pun mahal. Harga bahan mentah dah tinggi.
Gaji pekerja pun makin naik.
Jadi harganya pun mesti boleh cover & untung.


Ahad, 23 September 2012

Breakfast Tepi Masjid.

Lepas solat subuh. Terus boleh membedal.
Ini baru tepi masjid.
Bakal menyusul lain-lain menu.
Mana tahu, perjalanan balik bertemu dengan menu-menu menggoncang jiwa.
Roti nan & karipap. Karipap siap tapaw lagi. Sedap..

Selasa, 18 September 2012

Juaadahs: Restaurant Chinese Muslim Cuisine.

Entri pagi tadi aku dah share.
Nak lunch kat sini.
Dah sampai pun.
Tak ada orang lagi.
Tak susah nak cari.
Belakang Tesco Extra Shah Alam.

Buka baru 6 bulan.
Dah berkira-kira nak buka lagi.
Bagusla tu!!!

Parkir pun banyak.
Tapi kalau pi masa makan tengahari sikit sukar.
Tapi sukar pun, bila dapat menikmati hidangan.
Hilang segala payah tersebut.
Satu lagi harganya taklah mahal sangat.

Staf 11 orang.
Tunggu pun tak lama sangat.
Banting yang menyambut anda.
Kami sampai awal. Tenang. Belum ada orang lagi. Lepas jam 12.30....

Lai Ci Kang.
Wow! Tengok gambar pun boleh terliur.

Ini lagi.
Masakan ikan pun ada 11 menu. Pilih saja yang anda suka. Tak kecewa. Tadi kami pilih ikan siakap masak asam steam.

Mango Sago Lo. Memang sedap...
Inilah Chef Loong. Berpengalaman lebih 30 tahun. Sempat sembang, ternyata memang pakar memasak.
Menunya...

Makanan yang kami oder. Sotong goreng telur masin. Siap tambah oder. Sedap punya pasal.

Ahad, 16 September 2012

Raya: Restoran Temerloh Catering.

Jamuan Hari Raya....
Seksyen 15 Shah Alam.
Meriah sakan.
CDM Kartini punya geng-geng MRSM Kuantan.



Jamuan raya pertemukan mereka.
Ada yang terpisah sejak SPM lagi.
Dah jumpa, kenangan lama pasti terusik kembali.
Macam baru semalam berlaku.
Padahal semuanya dah jadi mak-mak orang.


Sabtu, 15 September 2012

Patin Tomyam: Petrol Kami.

Kerja yang telah dipilih.
Kerja yang diminati.
Kerja yang suka dibuat.
Kerja yang bombastik.
Kerja yang masuknya fantastik.

Entri ini.
Bukan pasal biz.
Tapi pasal side efect biz.
hi!hi!hi!hi!
Dah banyak berjalan.
Tentulah banyk tahu.
Pasal makan.
hi!hi!hi!
bedal dan dibedal.
Patin Tomyam.
Wow! Melantak sakan. Semalam awal kami sampai sini. Jadi aku boleh melantak sakan. 2 kali sebelum tu dah malam sampai. Jadi tak bedal banyak sangat. Takut tak boleh tidur malam!!!
Sempat menjengah dapur. Tengok chef masak patin tomyam.
Aku bersama tokey kedai. Pok Loh. Sedang buat kedai satu lagi. Tambah cabang. Tambah income. Tambah staff.
 Minggu ini.
3 kali ke Pahang.
3 kali juga kami singgah sini.
Melantak patin tomyam.
Bukan setakat melantak kat sini.
Tapaw lagi, wak balik.
Kami singgah semalam. Brealfast. Nasi dagang.
Makan adalah petrol kami.
Bagi energi untuk boost.

Isnin, 21 November 2011

Sup Tulang Power


Sahabat Blog.
Sahabat biz.

Ini satu lagi tempat makan yang best. Dari nama kedai, dah boleh agak. 'Sup Tulang Power'. Memang power. Sedap. Best. Sup ayam, sup daging, sup tulang. Campur mee atau behun atau makan dengan nasi putih. Tadi aku pilih behun sup daging. Ternyata tak mengecewakan aku, yang jenis suka makan. Daging pun lembut. Senang nak kunyah. Selain itu ada juga nasi lemak dan tapai. Service pun ok. Cepat dan cekap. Aku pun hari ini baru pi. Dah lama kawan bagitahu. Tak pernah gi. Entah kenapa, hari ini aku singgah. Letaknya bersebelahan dengan Balai Polis Kg Abu Bakar Baginda. Berhadapan dengan Permata Petronas. Senang nak cari. Mudah jumpa. Boleh juga belanja prospek dan convince kat sini. Makan sambil cari prospek pun boleh. Ramai pelanggang. Boleh dikatakan orang kerja kerajaan. Boleh buat dana. Pakej penuh pun tak ada hal..

Powered By Blogger