Jom Follow

Rabu, 26 Jun 2013

Tangkap Cdm Fitri & Cdm Ayu.

Assalamualaikum. Selamat pagi. Selamat sejahtera. Agak lama aku tak bermain-main di ruang ini. Kesibukan melanda serta laptop ada masalah sikit. Maaf ye. Jangan marah. Singgah dan tak ada sesuatu yang baharu. 

7 hari berlalu tanpa entri baru. Keadaan ini bukan aku suka pun. Kalau boleh setiap hari nak ada entri baru. Dah ada masalah. Nak buat macamana. Hari ini, aku kembali bermain di sini. Bolehlah post entri baharu.

Cdm Fitri & Cdm Ayu.
Aku mulakan entri hari ini dengan share gambar ini. Gambar Cdm Fitri & Cdm Ayu. Aku dan Mem bertemu dengan pasangan ini di Sri Naira. Tarik mereka sekejap sebelum mereka vrooom ke Penang. Jumpa mereka selepas mereka tutup demo. Bertemu selepas jam 10 pm. 

Dah berjumpa. Sekadar minum-minum. Masing-masing dah kenyang. Pilih yang ringan-ringan je. Kalau beratkan kesian pada mereka. Nak drive ke Penang pula lepas tu. Pada awalnya, teragak-agak juga nak jumpa. Mereka masih jauh lagi. Esoknya Cdm Ayu bekerja.

Banyak sembang. Banyak cakap. Lama tak bertemu. Kami pun dah lama tak ke FF1, sejak mereka agak selesa bergerak bersama teamnya. Gerakannya betul. Tindakannya sesuai dengan dunia MLM. Mereka pun dah matang bertindak. Dah pandai urus group. Dah tuntas bagi inspirasi pada group. Dah kurang silap. Buat apa yang mereka cakap. Masalah naik ke atas. Pujian turun ke bawah.

Masalah kecik-kecik mereka dah boleh selesai. FF1 semakin kukuh. Tahniah buat mereka berdua. Memilih untuk bina  FF1 adalah pertimbangan yang amat tepat. Hasilnya sungguh luar biasa. Biarpun hasil belum betul-betul luar biasa. Tapi sedang bergerak ke arah tersebut.

Bila jumpa, mereka tadah telinga. Mereka lebih suka dengar apa yang kami share. Bila lama tak jumpa. Cdm Kartini bagaikan air hujan mencurah-curah dan tak mahu berhenti dari kolam mindanya.

FF1 sedang berkembang di seluruh negara. Dah sampai Singapura. Wow! Tahniah. Berani dan banyak bertindak serta kurang bercakap. 


Gambar ni pulak, semasa team FF1 singgah rumah. Makan tengahari. Patin masak tempoyak jadi hidangan mereka.

Masa Diamond Nite, jumpa sekejap. Tak boleh cakap lama. Ramai orang dan suasana bising. Jadi ketika ini, boleh jumpa dan sembang lebih lama. Dapat kenal permata-permata baru FF1. Lebih 10 orang juga yang datang ke rumah.

1 ulasan:

  1. Tq CDM,
    jasa dan pengorbanan CDM berdua akan dikenang selama-lamanya.
    biarpun jarang bersua.. CDM berdua sentiasa di hati kami.

    BalasPadam

Powered By Blogger