Jom Follow

Rabu, 26 Jun 2013

Mudahnya Bisnes BVSM!

Lagi aku post entri baru. Dah lama berehat. Apa salahnya aku post lebih sikit hari ini. Mana tahu, esok aku jadi lebih sibuk. Mana taknya permintaan terhadap bvsm menjadi-jadi. Bukan aku je, rakan niaga aku juga alami kesibukan yang sama.
Panggil untuk baca doa. Alih-alih suami isteri terpikat.

Bukan sekadar nak guna bvsm je tapi nak cetak duit sekali. Ini yang menambah lagi kesibukannya. Tapi aku suka. Tapi aku gembira. Lagi ramai yang cetak duit, aku lagi suka. Aku buat. Aku buat. Aku buat. Bukan aku tak buat. 

Semalam aku dan Mem, membelah jerubu dan kabus pagi disepanjang LPT menuju ke Lembah Kemaman. Sebenarnya aku konfius. Nak bertolak malam @ bertolak pagi. Maklumla kereta WRY 181, berada di Kelantan.
Papan tanda yang menyambut ketibaan kami semalam.

Semalam Myvi yang beri khidmat buat aku. Usai je solat Subuh. Terus aku dan Mem memulakan langkah pagi berkongsi kebaikan bvsm. Mesti lepas KL sebelum jam 7 am. Kalau tidak jem dan lewat sampai di Lembah Kemaman. BVSM semalam lagi masuk kereta. Tools lain juga dah ada dalam kereta. Kalut-kalut boleh tertinggal.

Lembah Kemaman mesti sampai jam 10.15 am. Tak boleh lewat. Masa tu orang rehat. Orang boleh tengok demo bvsm dengan tenang dan selesa.

LPT lancar. Tak banyak kereta. Aku drive tanpa mengantuk. Tidue lena, beralaskan bvsm. Singgah breakfast di R & R Temerloh. Mee hung goreng & nasi putih sama keli salai. Terkejut juga, sampai sini sebelum jam 8 am. Rasanya aku tak pecut sangat pun.

Sambung perjalanan. Menuju Lembah Kemaman. Tak pernah dengar. Tak pernah nampak signboard. Tak boleh nak bayang di mana Lembah Kemaman. Dapat direction dari kawan tu, aku dah boleh agak dah.
Antara mereka yang sudi bagi masa untuk tengok demo bv oleh Kak Tini....bukan Kak Ton.


Guru besar pun beli. Cash lagi. Buat isterinya.



Keluar tol Jabor. Lepas tu jumpa bulatan. Ambil jalan menuju Jerangau. Bergerak lebih kurang 5KM ada simpang kiri. Masuk lebih kurang 2KM pula akan jumpa simpang ke kanan. Masuk terus, jumpa sekolah. Sekolah dalam Ladang Kelapa Sawit Sime Darby. Sekolahnya tak besar sangat. Murid pun tak ramai.

Syukur. 9.45 am, aku dan Mem dah sampai. Masa tu, Ustazah Lin masih ada kelas. Jam 10.15 baru habis. Baru boleh jumpa.

Dah sampai destinasi. Mem jumpa bakal prospek. Aku berteman dengan buku. 

Lebih kurang 1 jam. Mem datang. Habis bvsm yang kami bawa. Tinggal satu, nak hantar ke Felda Jenderak Utara. Syukur. Mudahnya bisnes bvsm. tunjuk demo & testimoni. Orang terus terpikat. 

Usai situ, kami bergerak ke Felda bukit Goh. Jumpa Amzar dulu. Nak bawa balik, jerubu masih tebal di KL. Kesian juga pada dia nanti. Alahan dengan cuaca. Situ makan tengahari. 

"Macamana nak ke Felda Jenderak Utara?" tanya aku 
"Rasa-rasanya kena exit di Lancang." jawan tuan rumah.

Dah tahu gitu, aku dah tak tanya lanjut. Dah kira yakin. Usai makan, kami bertolak menuju ke Jendarak Utara. Ikut LPT lagi. Sebelum sampai LPT aku suruh Mem tanya Pok Loh Tomyam pula. 

" Assalamualaikum Loh."
"Nak tanya, Felda Jenderak Utara nok exit mana."

Itu yang aku dengar Mem cakap. Belah sana aku tak dengar. Tapi Mem bagi tahu aku, Pok Loh pun tak tahu. Jadi kami ikut saranan pertama. Exit di Tol Lanchang. Habis cerita

Masuk LPT. Tukar drebar di Hentian Maran. Aku mengantuk sakan. Bagi Mem pula. Aku nak rehat dan tidur. Dapat sekejap pun jadilah. Nasib baik boleh tukar-tukar drebar. Kalau tak boleh, susah juga.

Mem drive sampai ke Tol Lancang. 

Tanya juru tol, "macamana nak ke Felda Jenderak Utara?"

"Kena keluar plaza tol temerloh. Lepas tu belok kanan."

Mem terkedu seketika. Kami tadi dari Kuantan. Dah terlepas la ni.

Kena pusing balik. Singgah dulu situ. Masuk toilet dan aku solat. 

Di hujung Lorong Bunga Anggerik 1, letak duduk rumah yang kami hantar bvsm.

Kini giliran aku pula drebar. Aku dah pulih balik. Dah segar bugar. Dari Plaza tol Lanchang ke Plaza tol Temerloh tak lah jauh sangat. Tak sampai pun 30 minit. 

Keluar plaza tol. Belok kanan, menuju Jerantuk. Sampai ke stesen Caltex, belok kiri. Masuk jalan tu sehingga bertemu dengan Felda Jenderak Utara, lebih kurang 8 KM. Masuk tunggu di stesen minyak. Nanti ada orang ambil.

Hantar bvsm pada seorang ibu. Sakitnya telah 3 bulan.Doktor tak tahu penyakit apa. Tak boleh buang air besar. Semalam dah 17 hari tak buang air besar. Terseksanya ibu ini. Kami harap, dengan bvsm dapat membantu ibu ini kembali sihat. 

Anak buahnya yang syorkannya. Jadi ibu ini setuju je. Terus masuk duit pada kami dan semalam kami terus bawa. Cuma sikit terkilan, mereka ingatkan kami akan hantar pagi. Rupa-rupanya petang. Lama juga ibu ini tunggu.

Sekejap je kami di sni. Vrooom ke KL. Kena cepat. Nak elak jem. Nasib baik sebelum jam 5 pm, kami dah lepas tol Gombak. Ikut MRR2. Sampai Pandan baru sesak. Tapi kereta masih bergerak agak perlahan. Jam 5.45 pm. Dah sampai rumah. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable