Jom Follow

Selasa, 11 Jun 2013

Pencarian Aku Telah Berakhir Malam Ini: TOMYAM SEAFOOD

Assalamualaikum. 
Selamat pagi. 
Pagi Selasa 

Bertemu awal pagi. Aku dan Mem baru balik. Mem jumpa kawan. Bincang pasal reunion sekolahnya yang akan diadakan pada hujung minggu ini, di Cherating, Pahang. Mem dulu belajar di MRSM Kuantan.

Aku sebagai drebar. Kena pergi. Lagi pun Mem macam tak larat. Satu hari suntuk bekerja. Nak drive pun agak jauh. Meeting diadakan di Restoran Niara di Kelang Gate. Dari Puchong Jaya, mau 30 minit juga. Itu situasi jalan tanpa ikatan jem. Kalau jem, lebih lama lagi.

Nak cari lokasi restoran tersebut tak payah mana. Dah boleh agak kat mana lokasinya. Walaupun tak pernah sampai sana. Tapi dekat-dekat situ aku pernah sampai. Jadi tak sulit nak jumpa.

Dari Puchong Jaya - KESAS- MRR2 - Exit Wangsa Melawati. Belok Kanan. Jalan sekitar 200M. Belok kiri dan belok kiri lagi.

Aku hantar Mem. Mem meeting bersama gengnya. Aku melepak sambil baca buku di Kedai Mamak hujung sebelah sini. Aku sengaja cari tempat di mana aku boleh fokus dengan buku aku. Malas nak lepak kat Restoran sama. Bising dan ramai orang.

Sejam lebih juga aku habisi masa di situ. Bila Mem siap. Mem ajak aku, merasai tomyam di Restoran Niara tadi. Pada mulanya aku malas nak cuba. Masih kekenyangan. Tapi bila Mem cakap, lebih sedap dari Restoran Chakri Palace KLCC. Aku terus setuju. Bagi aku setakat ini tomyam seafood Chakri Palace paling sedap pernah aku bedal di Malaysia.

Mem masuk balik restoran tu. Oder Tomyam campur dan sup ekor, nasi putih serta udang celup tepung. Aku membedal sup ekor dan nasi putih. Sesekali hirup tomyam campur. Ternyata sedap. Atasi Tomyam Chakri Palace. Tomyam campur, macam-macam ada. Daging, ayam, udang, sotong. Macam silap oder je. Sepatutnya Tomyam seafood...jadi tambah oder. Sedap punya pasal dua-dua tomyam tu licin.

Jadi telah aku temui. Di mana tersembunyinya tomyam tersedap di KL. Bila-bila boleh datang. Boleh bawa Kak B dan abang sekali. Boleh bawa rakan kongsi. Harganya jauh lebih murah dari Chakri Palace. Sedap lebih lagi kat sini.hihihihi

Jadi pencarian aku telah berakhir malam ini. Apa yang aku cari. Apa yang aku impikan telah aku temui dengan tidak sengaja.

TOMYAM SEAFOOD.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger