Selamat pagi, buat pengunjug setia blog ini. Jutaan terima kasih. Apa khabar hari ini. Syukur. Masih sihat, Masih menikmati hidup. Tambahlah bekal untuk negeri akhirat. Aku juga sihat. Pagi-pagi lagi dah menulis. Setelah semalam berakhir tanpa aku buat catatan. Itulah akibat bertangguh. Pagi , nak menulis tengah hari.Tengah hari, nak menulis petang. Petang, nak menulis malam. Malam pula ada appt, Jadi tutup hari tanpa menulis, akibat cuai diri sendiri. Sape yang salah, Diri sendirilah yang salah.
Padahal paling seronok adalah menulis. Aku pun tak tahu kenapa. Membaca dan menulis. 2 aktiviti aku suka. Menulis seolah-olah aku sedang bercakap dengan seseorang. Idea tu bisa datang tanpa henti setiap kali aku mengadap laptop. Idea aku, tak mestinya orang suka baca. Ini aku kena faham. Ada yang meluat. Aku kena terima hakikat. Penulis tersohor pun masih tak semua orang suka baca tulisannya. Aku punya tulisan lagi la. Penulis cabuk. Berkongsi sekadar suka-suka. Berkongsi kerana ada masa free, boleh menulis dan menulis.
Cukuplah Mat Din. Kita sambung cerita lain. Cerita lebih menarik dan berfaedah. Jangan syok sendiri. Fokus pada apa yang kamu mahu share. Dah jam 8.30 am. Perut dah minta isinya. Lambat, kelak masuk angin. Lagi susah.
Minggu lepas. Mula Jumaat hingga Ahad. PICC ada Pameran Pengantin & Perkahwinan. Mem dan gengnya ada ambil booth. Pasarkan PB dan BVSM. Aku juga 2 kali ke sana.
Salah satu sebab aku suka. Aku dapat banyak name kad. Boleh buat koleksi. Boleh tambah koleksi. Kat bawah ni aku share mane kad, perkhidmatam katering. Ini aku dapat semasa aku ke PICC minggu lepas. Mana tahu, pembaca blog ini, tercari-cari syarikat katering untuk majlis perkahwinan. Diri sendiri nak kahwin atau anak-anak nak kahwin.
Terkejut juga aku. Kos makan memang tinggi. 5 tahun akan datang lagi tinggi. Sekarang ni masih ada RM8.80 satu pax. Itu yang aku nampak hari tu. 5 tahun lagi, mana mungkin ada lagi yang macam tu.
ad
ad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan