Sudah balik rumah. Selesaikan agenda pagi dengan jayanya. Bermula dengan hantar Kak B ke sekolah. Mem ikut sama, sebabnya lepas tu vroooom ke Sri Serdang. Bertemu dengan sahabat, kawan, guru dan rakan kongsi. Semalam dah janji nak breakfast bersama.
Dah dekat sangat dengan Cdm. Sikit je lagi, Cdm la tu. Calon Ddm dah ada. Tunggu masa. Sikit volume masuk, dah Ddm calon tersebut. Tak ada tarik-tarik volume. Tambah fokus, pada kaki mana yang terpenting saat ini. Fokus pada pakej, kalau boleh. Tak boleh, tak apa.
Aku tahu. Aku yakin. Aku pasti. Naik pentas Cdm hujung tahun ini. Gerak kerjanya kemah sejak lama dulu. Kini pun masih kemah. Malah lebih kemah lagi. Fokus pada bisnes. Lain-lain hal, letak tepi untuk beri laluan bisnes bergerak laju. Teguh pendirian. Banyak bergerak secara solo sejak dulu lagi. Tak nak menyusahkan upline. Bila upline benar-benar tak ada, boleh kerja macam biasa dan tak jadi kudis pada bisnesnya. Pilihannya tepat.
Jumpa sambil breakfast. Nasi lemak & tosai jadi pilihan. Pagi ni berguru dengannya. Pagi ni timba ilmu dengannya. Walaupun dia yang ajak jumpa. Tapi setiap orang yang kongsi sesuatu dengan kami, mereka tu adalah guru kami. Pagi ini, kami belajarnya darinya buat sampai jadi. Jangan terpikat dengan pujuk rayu lain. Kalau ke tempat lain, kena bermula dari bawah juga. Dah dok berada di atas, buat apa nak ke bawah semula.
Dah lama buat. Belum habis lagi kawan. Malah kawan-kawan dulu, tak ramai lagi yang join bisnes. Bukan setakat tak join, tak tahu pun yang dia sedang berbisnes. Lagi parah, masih ramai lagi kawan yang belum dapat boleh berhubung. Tak ada no hp. Kalau gitu, seolah-olah baru nak mula bisnes. Masa aku join dulu. Upline tekankan. Cari kawan dulu. Habis kawan, baru cari stranger. Tapi dia ni pelik, cari stranger dulu kot. Kawan belajar dulu belum tahu lagi. Cepat-cepat, nanti sesal. Kawan terjoin dengan orang lain. Aura bvsm lain macam je ni.
Lakukan aktiviti mencetak duit selepas selesai urusan sekolah anak-anak. Pagi sekolah agama. Tengahari hantar anak ke sekolah kebangsaan, terus urus bisnes pula. Appt. Urus dokumen dan lain-lain.
Aku doakan agar dia terus maju dalam bisnes ini. Cetak duit banyak-banyak. Raya mega tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan