Jom Follow

Jumaat, 28 Jun 2013

Kelantan 1.

Assalamualaikum. Aku belum mati lagi. Aku masih bernyawa. Sebab itu aku boleh muncul lagi hari ini, selepas semalam aku berehat. Aku tak muncul di ruang siber ini. Kalau ada orang nampak aku muncul diblog ini. Hati-hati. Penunggu kot. hihih.

Hari ini, aku timbul lewat sikit. Doh pukul 6.13 pm. Aku ni mengantuk sangat-sangat. Tapi paksa diri untuk merapu sekejap diblog ini. Kalau tak merapu, mungkin terbungkam dikatil. Tok molek, tidur lepas asar. Lagi tok molek tidur dekat nga Maghrib.

Semalam bukan sengaja aku ponteng menulis. Semalam aku berada di Negeri Kelantan, atas urusan menego. Aku sampai jam 4 pagi. Check In hotel. Rehat sakan. Jam 3 pm, check out. Vrooom ke Palekbang, Tumpat. bvsm punya penangan. Itu rangkuman aktiviti aku semalam.

Aku dan Mem. Balik Kelantan. Mem dok berkira-kira. Nak balik dengan apa. Kereta. Bas. Kereta api @ kapalterbang. Cek-cek, nak balik ada tiket. Bila nak balik semula KL, ada sikit masalah. Tiket habis. Orang Kelantan serbu KL, tengok bola. Perlawanan Akhir Piala FA.

Aku tak pikir pun nak balik sama. Bila petang aku tanya Mem. 

"Jadi ko awok balik?"
"Jadi la, orang tunggu doh esok."
"Kelik nga ggapo?"
"Tok tahu lagi."
"Payoh-payoh kelik nga kereta.. Kalu nok balik nga keta, kena gi servis keto dulu." lantas aku capai kunci kereta.
"Nak gi mmano?"
"Servis keto?"
"Buko lagi?"
"Try gi la dulu." Jam dah pukul 6.15 pm. Aku harap masih buka. Kalau tak buka, parah juga nak drive keta, dah lama tak servis.

Aku vrooom ke bengkel keta, tempat yang selalu aku servis. Tak jauh dari rumah. Tak sampai pun 5 minit. Lega. Bengkel masih buka.  

"Apa hal?"
"Tukar minyak hitam, minyak kat belakang."

Kali ini, aku bawa JTX1000. Servis terakhir, aku tak bawa. Rasa rugi je. Prestasi minyak lain sikit kurang kalau nak dibandingkan dengan JTX1000.

Tak sampai 30 minit siap. Balik rumah. Mem macam nak bergerak terus. Aku cakap. Lepas isyak dulu. Kak B pun tuntut janji. Aku dah janji nak beli buku untuknya.

 "Lepas Maghrib kita ke SMO, Giant, Putra Height. Mandi sekarang. Baca Al-Quran." Arah aku pada Kak B.  Jam ketika ini baru 7.50 pm. Masih ada masa lagi. 

Lepas Maghrib. Vrooom ke SMO. Beli buku untuk Kak B. Sekejap je. 

Balik rumah. Hampir jam 9.pm. Suruh Mem masak maggi. Isi perut sikit. Kalau makan nasi, takut mengantuk pula. Nak jalan jauh hi. Lebih 400 KM.

Usai membedal. Aku pun bergerak ke Kelantan. Jam ketika itu sudah menunjukkan 9.15 pm. Aku balik dengan Kereta Produa Myvi. Mercedes aku, kawan pinjamkan untuk istana sepanjang majlis perkahwinan Tengku Amalin. Dah seminggu WRY181, aku dah berada di Kelantan.

Kereta aku penuh bvsm. Untuk aku satu. Untuk Mem satu. Aku letak di seat. Bagi tenaga sikit. Nak elak mengantuk. Sepanjang hari tu, aku tak tidur pun. Awal-awal aku dah bersedia dengan bvsm.

Ternyata berbaloi. Aku drive, tak berhenti rehat pun. Drive sampai Kelantan. Tak mengantuk. Lagi satu teruja dengan prestasi kereta selepas pakai minyak JTX1000. Memang power. Sebelum ini, pakai dan tak bawa jalan jauh. Setakat pusing KL. Tak betul-betul lihat perbezaan JTX1000 dengan minyak-minyak yang lain.

Sampai KB. Jam 4 pm. Jenuh cari kedai makan. Banyak yang dah tutup. Pusing punya pusing. Nasib baik ada kedai Bob Roti Canai. Bedal tu je lah.

Jam 5 pm. Check In hotel Azam. Nikmatnya dapat meluruskan badan. Tidur yang teramat lena. Lepas subuh sambung lagi. Kena bagi cukup tidurnya. Sekitar jam 9 am. Tersedar. Mem pun kalut, Bank call. Kena masuk duit. Duit tak cukup. Hanya 10 minit je tinggal. Tergesa-gesa menuju Maybank. Nasib baik tak jauh dari hotel. 

Aku lepak sekejap. Sambung tidur. Tapi dah tak nak jenera. Perut pun dah kosong. Mandi-mandi. Turun bawah. Masuk restoran sebelah hotel je. Malas nak cari yang sedap-sedap tapi jauh. Nasi putih dengan gulai ayam + telur goreng. Itu je menu aku pagi tu. Mudah tapi menyengangkan.

Habis makan. Cari kedai buku dulu. SMO, dihujung sebelah kiri hotel. Hujung sebelah dengan stesen bas KB. Ada niat nak beli buku. Mana tahu, ada yang aku berkenan dan tak jumpa di kedai buku sekitar KL.Rembat dua buah buku. Cukuplah dulu. Lain kali beli lagi. Itu pun keluar dengan penuh sabar....

Masuk hotel. Jumpa dengan sahabat. Juga menginap kat situ. Orangnya mudah mudah mesra. Lama juga aku sembang. Bila dia dapat call. Dia blah. Jumpa kawan dia kot. Dah 4 hari berada di Kelantan atas urusan bisnes. DI KL tinggal di Presint 9. Isterinya kerja Hospital Putrajaya.

Aku pun naik ke bilik. Mem belum balik lagi. Aku sambung tidur. Kena rehat betul-betul. Malamnya aku nak drive balik KL. 

Mem balik. Ajak makan tengahari. Aku malas nak keluar. Nak tidur je. 

Jam 3.30 pm. Mem baru balik. Check out. Ambil abang di tali air Cherang. Nak balik KL. Nak tengok bola. Ahad baru balik semula KB.
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger