Jom Follow

Selasa, 11 Jun 2013

Pee Mak Lagi.

Berjumpa sekali lagi. Hari selasa. Bagaimana mood anda hari ini? Ada baik! Kurang baik! Jangan biarkan diri anda hanyut dengan mood kurang baik. Kelak kacau prestasi bisnes. Sepatutnya ramai yang dijayakan menjadi kurang akibat mood kurang baik. Sepatutnya volume naik tinggi, akibat mood tak baik, volume  mengucil.

Semalam aku sekali lagi tonton filem Pee Mak. Dah kali ke-3. Walaupun dah 3 kali, aku masih berminat nak tonton sekali lagi, kali ke-4. Tunggu ada orang ajak je. Tak puas tengok. Tak puas suka. Tak puas dengar orang gelak sakan. 

Aku yang dah banyak kali ni pun masih suka, apatah lagi kalau pertama kali tengok. Pecah perut aku rasa. Semalam, aku dah boleh tahan gelak. Dah kali ke-3 tengok. Sebab utama aku kurang gelak semalam, aku dilanda mengantuk. Jadi tak beri tumpuan sepenuhnya. Aku tonton jam 3 petang, selepas membedal sakan sebelum tu. Perut kenyang, mata kuyu.

Pasangan kekasih yang duduk sebelah aku tu gelak sakan. Macam aku pertama kali tonton. Macam Wan Inda pertama kali tonton. Begitu juga lelaki yang duduk di belakang aku, pun gelak sakan. Terbahak-bahak. 4 kawan Mak yang banyak mencuit hati penonton. Setiap kali muncul, pasti penonton akan tergelak. Aey, Ter, Shin, Puak.

Aku tonton bersama Wan Inda. Dia pun berminat nak ulang tonton Pee Mak. Malam sebelum tu pun dia dah ajak Cdm Inda tonton, tapi Cdm Inda tak nak. Terbantut. Jadi bila aku ajak dia, terus setuju. Tak puas tengok hari itu.

OOOOPS! Kami menonton pun selepas berbisnes dulu. Kami menonton selepas buat kerja dulu. Kami menonton selepas jumpa customer dulu. Kami menonton selepas, pitis kasi masuk dulu. 

Aku tahu, masih ramai yang belum tengok lagi. Masih ramai yang tak tahu pun filem Pee Mak. Rugi. Cepat tonton. Terlepas pulak.

Itu pasal filem. Jarang aku tengok filem. Tapi filem ini dah 3 kali aku tengok. Mungkin sekali lagi akan menyusul. 

 



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger