Assalamualaikum.
Bertemu lagi. Selagi aku hidup, In shaa Allah akan kerap bertemu sekiranya anda sudi singgah di laman ini. Mana boleh paksa orang singgah. Aku tak ada autoriti. Singgah menyinggah adalah pilihan masing-masing. Kalau orang suka, orang singgah sentiasa. Orang singgah sekali. Kalau ok, akan singgah lagi. Itu kalau menarik. Kalau tak singgah. Pun aku masih ok. Masih kena menulis juga.
Harta Pusaka
Semalam. Selesailah sudah urusan harta pusaka mulloh Chek. Setahun lebih juga makan masa. Urus itu ini. Tapi sebenarnya tak sampai pun setahun, kalau segalanya berjalan lancar. Lambat disebabkan nak dapatkan geran tanah dari Anok Mok Su Selamoh. Kak dah. Kena terkumpul semua. Baru boleh buat. Terima Kasih Kak Na, yang susoh payah urus semua ini, sehingga selesai.
Semalam kami adik beradik berkumpul di pejabat urusan pusaka di Pejabat Tanah & Jajahan Pasir Mas. Semua balik. Abe Had, balik minggu lepas dan terus tunggu agenda semalam. Abe Aziz balik sehari sebelum itu. Abe Zi pun sama. Aku lepas Zuhur hari selasa baru balik. Abe Din, Roji, Kak Na & Kak Yah, mereka semua memang menetap di Klate.
Jam 10 pagi, kalau ikut surat. Kami sampai semua sekitar jam 9.15 pagi. Pergi dengan dua buah kereta. Aku, Mek dan Roji. Abe Zi, Abe Had, Abe Aziz, Kak Na & Kak Yah dengan kereta Abg Zi. Abe Din gi sendiri, dia tinggal di Banggul Kemian Pasir Mas.
Pejabat Tanah dan Jajahan telah berpindah ke bandar baru pasir mas, lubuk jong pada 3/6/2013. Aku pun ke sana. Bila sampai, cari-cari yang lain. Tak nampak batang hidung mereka. Bila aku tengok hp. Dah ada 5 miss call. Bahagia Harta Pusaka masih di tempat lama lagi. Mereka dah ada di pejabat Tanah dan Jajahan yang lama, tepi Sungai Klate. Aku pun terus ke sana. Tak sampai 10 minit telah sampai.
Rupa-rupanya bahagian pusaka belum lagi pindah. Aku sampai. Mereka dah berada di bilik menunggu. Tunggu kami je. Dah cukup. Terus masuk bilik. Jumpa pegawai yang bertugas. Mengadap pegawai bertugas. Kami duduk dua barisan. Depan Abg Aziz, Kak Na, Kak Yah & Kak Na serta Mek. Aku, Abg Had, Abe Din, Abg Zi dan Roji dok barisan ke dua.
Urusan pembahagian harta pusaka, ikut maufakat. Ikut macamana mulloh Chek yang buat. Jadi urusan jadi lebih mudah dan cepat. Cepat-cepat pun sejam lebih juga. Dengar cerita dari pegawai bertugas. Aku dengar je. Abe Aziz yang banyak cakap. Pegawai tu, asalnya Muar dan Abang Aziz pernah bertugas di sana. Itu yang rancak sikit sembangnya. Orang lain tumpang dengar.
Ada 4 lot. Lot di Bukit Mas Mulloh Chek dah tetapkan pada Kak Na & Kak Yah. 3 lot lagi, di Bechah Kelubi. Lot yang kami diami sekarang ni, jatuh pada Abg Aziz, Abg Had dan Mek (beri semasa Chek ada lagi). Lot tanah padi tepi bukit, jadi milik aku dan Roji. Manakala lot padi belakang kampung diberikan pada Abg Zi dan Abg Din. Inilah yang mulloh Chek selalu cakap. Kami adik beradik terima sahaja. Kami ini, adik beradik sebapa dan berlainan mak.
Dah siap sign semua. Kena bayar sebanyak RM280. Kena bayar di Pejabat Tanah & Jajahan Pasir Mas, di Lubuk Jong. Jadi aku bergegas ke sana dengan Roji. Abe Aziz dan Abg Had hulur duit. Selebihnya aku tampung.
Sampai sana. Terkejutnya. Ramai sangat orang. Aku pun berdebar juga. Takut sangkut lama menunggu. Tanya kaunter pertanyaan. Nak bayar ni, tak payah guna no. Tunggu terus di kaunter. Kosong terus boleh bayar. Ternyata cepat siap.
Masa aku parkir tadi, terserempak dengan Amir. Dia ada urusan tukar nama tanah. Mungkin beli tanah kot. Itu agak je. Tak sembang lama. Aku pun nak cepat.
Usai buat bayaran. Aku vroooom semula ke Bandar Pasir Mas. Sampai sana. Sudah siap. Aku serah rexit bayaran pada kerani je. Orang lain dah menunggu kat luar. Apiz & Kak Long juga ada. Nak ambil Kak Na & Kak Yah. Ada agenda lain kot. Nak hantar Kak Yah ke Pantai Melawi Bachok. Ada kursus.
Banggol Kemian
Aku ingatkan dah siap, dah boleh balik. Lain pula jadinya. Abg Din ajak makan nasi di rumahnya di Banggol Kemian. Mereka tanya aku. Aku boleh aje. Lagi pun dah lama tak ke rumahnya.
Nak ke Banggol Kemian pun tersesat. Terambil jalan nak ke Meranti.hihihi! Lama juga baru jumpa balik, jalan nak ke sana yang mudah dan cepat. Kalau ikut jalan depan masjid. Mudah je sampai ke Banggol Kemian.
Sampai sana. Abg Zi dah sampai. Padahal sesat macam aku juga. Dia awal-awal lagi balik ke jalas biasa. Aku terlepas masuk kampung. Kak Na sampai awal lagi.
Sampai sana. Bini Abg Din tengah sibuk. Tengah kalut memasak, menyediakan juadah buat kami. Susahkan diri untuk kami. Aku tahu Abg Din teringin sangat menjamu adik beradiknya. Kalau tak kumpul hari ini. Dah tak tahu bila akan dapat.
Kak Na and Geng makan awal. Ada kerja. Tak sesempurna mana hidangannya. Nasi kerabu. Tumis dan daging bakar belum siap. Mek dan Roji makan sama. Usai makan, mereka blah.Ketika mereka membedal, kami yang lain-lain ni sekadar menjamah tembikar je. Abg Aziz rebah belakang lalu terlena.
Daging bakar siap. Tumis siap. Apa lagi tunggu. Bedalah. Wow! Sedap dan berbaloi tunggu. Menambah sakan. Aku makan sikit je pagi tadi. Kedai Bidoh tutup, jadi kena nasi belauk kedai Sedi, tak berapa kena dengan aku punya selera.
Bechah Kelubi
Usai makan. Kami pun balik.
Jam 2 petang sampai rumah. Beli dulu goreng pisang dan jemput ma'lah di Cabe Tiga Kube Kali. Kedai sapo tu! Aku tok tahu.Mek aku ada sebut. Tapi tok masuk otok.
Membedal jeput m'alah kat bawah. Tertidur pun tak sedar.
Lepas tu mandi dan solat. Aku sambung tidur sungguh-sungguh atas jemboran. Tunggu masa sesuai untuk bertolak ke KL. Rehat kena cukup. Drive tak mengantuk.
Balik Kuala Lumpur
Jam 5.20 petang. Bergerak ke KL. Singgah di Taman Barokah. Jumpa Awi dan Beben dulu. Dah lama tak jumpa sain sobat. Sama-sama mencari ilmu di SMDMPR TM. Kena colek perut, murtabak dan kopi. Tak lama sangat. Awi kena balik cepat. Malamnya balik JB dengan keretapi. Keretapi jam 9.30 di stesen Tanah Merah.
Awi sebelah kiri dan Beben Kalo Adi Naro kanan. |
Usai situ. Vrooom aku menuju KL. Singgah solat di Kg Pek. Awal-awal siap. Malas nak berhenti. Nak cepat sampai KL.
Singgah kencing di Merapoh. Sampai rumah jam 1.20 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan