Semalam. Sehari suntuk di Kelantan. Sampai jam 4 pagi. Jumpa prospek jam 5 pm. Jumpa di rumah prospek. Gerong, Paklebang.
Prospek adalah kawan rakan kongsi dari Jeli. Prospek dah tahu. Rakan Kongsi Jeli dah call. Rakan kongsi dah hurai panjang lebar. Bila gitu tugas Mem menjadi mudah lah. Buat closing je. Itu yang terus bawa balik bvsm.
Mem dengan bakal prospek. Aku dengan suami bakal prospek. Juga convince. Agar suami jadi faham dan tak halang isteri untuk join bisnes ini. Banyak kes, suami tak bagi buat. Ini terjadi bila suami dengar dari isteri bukan dari kita. Mungkin semasa isteri terangkan, tertinggal isi-isi penting. Bila kurang faham, suami jadi penghalang pula. Begitulah juga sebaliknya.
Mula-mula aku bertakruf dengan suami tuan rumah. Ketika tu, suami rakan kongsi Jeli keluar. Masa tu aku tak tahu pun yang dia tu suami rakan kongsi Jeli. Aku agak, mungkin sedara-sedara tuan rumah. Ketika dia keluar, aku rancak bersembang dengan suami tuan rumah. Kenal-kenal dulu. Sembang biasa dulu, cuba cari keserasian dulu.
Suami tuan rumah. Kerja Kastam di Rantau Panjang. Baru sebulan pindah di situ. Sebelum ni menetap di Rantau Panjang. Isterinya baru dapat pindah mengajar di sekolah kawasan situ. Sebelum ni mengajar di sekolah guah periuk.
Bila suami rakan kongsi Jeli balik. Aku masih tak tahu siapa dia lagi. Masih rancak bersembang. Macam-macam keluar.
Lama juga baru aku tahu. Bila tahu aku mula kongsi kelebihan bisnes Ha i-O dengan dia. Aku cerita padanya. Dah 13 tahun aku buat. Siap berhenti kerja lagi. Tumpu pada bisnes ini 100%. Dia juga kontraktor. Banyak dapat projek. Tapi kena pandai jaga pegawai yang jaga projek. Kalau tak pandai, susah.
Macamana dapat jumpa rakan kongsi Jeli? Sebenarnya kami pun tak kenal. Rakan kongsi Jeli tu, kawan pada rakan kongsi Ddm Siti Safinah. Dia yang ajak kawannya join. Bila kawan ajak. Dia lebih percaya kawannya dari orang lain. Walaupun kat Jeli tu dah ramai yang buat bvsm.
Rakan kongsi Jeli, ni kaki bisnes. Cepat bertindak. Berani berkongsi peluang dengan kawan-kawan. Tak takut-takut. Cah ligas orang Kelantan cakap. Dari minggu lepas lagi dah setkan appt dengan kawan-kawannya.
Kawan-kawan percaya dan dengar cakapnya. Padahal rakannya yang kami jumpa tu, dah biasa sangat dengan Hai-O. Ramai rakannya telah join. Tapi dia tak terpikat untuk join. Lihat kegagalan kawan-kawan, masuk dan ditinggalkan, serta janji barang team akan tolong jual. Bila rakan kongsi Jeli yang convince, dia berminat. Percaya pada reputasi kawan.
Tuan rumah pun terus nak mula. Nak bawa, jumpa kawan-kawannya pula. Nampak gayanya kami akan lebih kerap turun Kelantan selepas ini. Itu kami suka. Dapat lebarkan sayap bisnes dan jumpa lebih ramai kawan. Dapat bantu orang ramai, keluar dari kemelut kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan