Jom Follow

Isnin, 10 Jun 2013

Aku; Ahad 090613

Bertemu sekali lagi. Hari Ahad. Hari cuti. Hari duduk di rumah. Hari boleh sambung tidur. Hari bermalas-malasan. Hari tercokoh depan TV. Ada juga hari ini digunakan untuk tambah ilmu. Ada juga sesetengah orang gunakan hari ini untuk tambah income. Ada juga yang ambil kesempatan balik kampung, ziarah ayah ibu. Macam-macam lagi la. Terpulang pada diri sendiri. 

Siap sedia untuk berkongsi kebaikan bvsm dengan pengunjung.
Aku juga ada aktiviti. Aktiviti baca dan berkunjung ke PICC. Tengok Pameran Pengantin dan Perkahwinan. Aku ke sana, kerana Mem ada ambil booth. Share dengan rakan kongsinya yang sudi berkongsi. Aku nampak Cdm Yan, Cdm Zana dan Cdm Inda. Ada juga beberapa lagi yang sibuk dok promote PB dan bvsm. Booth ini diambil di Pesta ini, untuk pasarkan Premium Beautiful dan bvsm. Selain itu juga, nak tambah senarai nama. Lepas ini, boleh buat appt. Aku doakan mereka dapat bakal prospek potensi untuk guna @ bisnes.

Lucky Draw sepanjang Pesta Pengantin & Perkahwinan di PICC.
Bermula hari Jumaat dan berakhir hari ini. Semalam aku dah pergi. Hari ini pergi lagi. Semalam bawa Aiman dan hari ini bawa Kak B. Semalam Aiman ajak ke sana, sebelum dia balik KB. Kak B pula aku bawa untuk hilangkan boringnya dok kat rumah. Aku ke sana tadi hampir jam 12 tengah hari. Sampai sana 12.45 petang. Lepak sekejap di booth. Lihat suasana meriah. Tengok orang kalut dok promote perkhidmatan masing-masing. Katering & kanopi, Cetak kad. Jurugambar. Pelamin. Semuanya untuk tambah nilai pada majlis, seterusnya meningkatkan kos majlis perkahwinan.

Cinta Lepas Nikah?

Sebelah booth Mem tu. cetak kad kahwin dan door gift. Baru 2 tahun. Nampak boleh tahan juga sibuknya. Aku nampak gayanya, masih bertatih. Kalau terus usaha, 2 tahun lagi akan jadi jenama hebat dalam bidangnya.

Aku tak banyak round hari ini. Semalam dah round dan dah banyak name kad yang aku kutip. Aku pun tak tahu kenapa. Minat kumpul name kad @ Bisnes kad. 

Aku lapar. Segan nak bedal yang katering punya. Lagi pun tak ramai yang cuba kesedapan makanan. Aku memilih untuk mencengkik di kafetaria picc. Nasi tomato dan sebotol air minuman. Murah juga, hanya RM5 sahaja.
Menarik.

Usai makan. Saat yang aku tunggu-tunggu. Habiskan novel 'Terkilan' hasil garapan Maznan Nordin. Dah baca sikit, cuma mahu habiskan juga. Pagi tadi pun sama. Tercokoh di kedai Rejab untuk habiskan Novel 'Persingahan' hasil tulisan Norhisham Mustafa.

Habis jam 2.15. Solat dulu. Masuk semula dewan. Cari Kak B, nak ajak balik. Acara pentas sedang berlangsung. Cinta lepas nikah. Ahli panelnya haliza sebagai moderator. Imam Muda Asraf, Hilal Asraf, Corie dan Isteri. Aku tonton lebih kurang 20 minit. Aku ikuti bicara Imam Muda Asraf dan Hilal Asraf. Coris sikit je. Lepas tu aku balik.

Balik. Rehat. Tertidur akhirnya. Bangun. Solat Asar. Baca Quran. Sedang usaha untuk khatam sebelum Ramadhan. Masih ada lagi 8 juzuk. Dah kena pulun. Kalau main-main tak sempat habis. Kalau boleh 1 juzuk satu hari. Dulu boleh. Kenapa hari ini macam susah sangat nak capai. Lagi satu, aku perasan. Bila konsisten baca quran. Bisnes jadi jadi mudah.

Itu petang punya agenda. Mudah dan simple. Tak berbelit-belit. Itulah kelebihan kerja sendiri. Lebih-lebih lagi MLM. Bina group. Kukuhkan group. Bila dah kukuh, kerja semakin mudah. 

Semalam. Sabtu. Agenda juga simple. Pagi baca paper sambil minum. Baca novel. Balik rumah. Biras ajak cari kawan dia. Belakang Tesco PUchong tak jauh dari tangki air. Itu je petunjuk. Misi nampak mudah. Tapi bila cari. hampir 2 jam pusing. Tak jumpa juga. Sudahnya balik kosong. Biras akan cari lagi bila datang KL semula bulan 9 nanti. Biras tak ada no telefon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger