Assalamualaikum semua. Perasaan macam nak sambut hari raya. Padahal puasa pun belum masuk lagi. Perasaan suka sejak semalam lagi. Perasaan seronok sejak semalam lagi. Pasal apa, kerana apa. Malam ni ada perlawanan akhir Piala FA, Final.
Nak gambar perasaan sebenar ambo dan rakyat kelantan seluruhnya susoh. Apa yang pentingnyo ialah, mari KL, sokong pasukan kita. Sorok sampai serok tengkok. Itulah saja, yang paling seronok. Sejak semalam lagi peminat bola sudah bermukim di stadium. Rasa terharu pun ada. Mari lebih 400KM semata-mata nak sokong pasukan klate. Lagi terharu, dari klate, naik motor.
Biarlah ambo mulakan dulu. Perlawanan semifinal, ambo gi tengok dua-dua perlawanan. Di Klate ambo tengok. Di KT pun ambo gi tengok. Keh apa, kerana apa. Masa tu ketika cuti sekolah. Ambo kelik kg, sempat gi ke KB. Tengok perlawanan separuh akhir pertama.
Ambo dari Tanah Meroh masa tu. Naik ke KB, ajak Wan Inda sekali. Tunggu dia di Petronas Pasir Pekan. Ingatkan dia nak naik sekali tapi dia bawa kereta. Jadi ambo rasa, baik naik so keta jah. Senang nak parking. Pikir-pikir, naik keto diajahla. Keta ambo tinggal di Caltex Pasir Pekan.
Naik satu kete, banyak hok senangnya. Aku, Mem, Abang dan Wan Inda. Lagi senang aku tak payah bowok keto. Duduk sebelah sambil dok koya. Orang KB, banyak tahu jalan. Boleh cilok situ sini. Parkir dekat Gelanggang Seni. Menapak dalam 100 meter, sapa ko foodcourd stadium. Lepak sambil minum2 dulu. Sampai situ baru jam 6.30 pm. Masih ada masa lepok dulu. Lepas solat Maghrib baru masuk stadium.
Lepah-lepah minum. Ambo pun cari tiket di kaunter. Masih ada. Masih banyak. Q pun tak panjang aloh mano. Paka gi gak terus boleh beli.
Masok Mahgrib. Azan dilaungkan. Dah tersedia jemaah yang menanti untuk solat berjemaah. Di situ juga tersedia lori tangki, untuk kemudahan peminat ambil wuduk untuk solat. Aku turut beratur untuk ambil wuduk. Usai berwuduk, bergerak ke tempat solat.
Masing-masing dah sudah solat. Kami bergerak masuk stadium. Masuk awal, melalui pintu A. Senang dapat tempat duduk. Cari serong, belakang gol. Naik beberapa nak tangga juga.
Lamo jugok, nak tunggu sepak mula. Tok pukul 8 lagi kawe masuk doh. Jadi pemain dok tengah warm up.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan