Jom Follow

Jumaat, 14 Jun 2013

Team Super Hero: Ddm Kepet

Kami dah sedia! Anda bagaimana?
Dah lama, aku dok tengok. Dah lama aku dok perhatikan. Dah lama aku dok jumpa. Tapi tak pernah sembang-sembang. Tapi tak pernah cakap-cakap. Tapi tak pernah borak-borak dengan mereka. Mula-mulanya tak ramai. Mula-mula satu dua orang je. Kini semakin bertambah. Dah boleh buat team. Dah boleh buat group. 

Tahniah, Ddm Kepet, berjiwa kental mengharung pelbagai cabaran untuk membawa diri ke level yang lebih atas. Aku tahu, cabaran seorang kakitangan kerajaan yang minat berniaga, terutamanya menceburi dunia ajaib, MLM. Aku juga pernah bekerja. Bukan senang, lebih-lebih lagi seorang perempuan. Telinga mesti betul-betul pekak. Kalau boleh masukkan timah. Kalau tak, pasti terkesan dengan cakap-cakap orang sekeliling. Orang sekeliling ni, teman borak. Tapi ada antara mereka jadi tukang sampai pada pentadbir. Dah jadi gitu, mereka terlantik sebagai mata telinga pihak pentadbir. Bukan senang nak bergerak aktif. Tapi Ddm Kepet berjaya atasi cabaran-cabaran tersebut. Tahniah juga buat Cdm Asiah dan Cdm Roshila yang sentiasa membantu Ddm Kepet terus berada di sini hingga kini. Lebih-lebih lagi network semakin mendalam dan melebar.

Dengan Ddm Kepet. Selalu juga sembang bisnes dengan dia. Walaupun dah boleh bergerak secara solo. Upline Cdm kerap juga bantu. Kadang-kadang bantu demo. Kadang-kadang suntik semangat. Kadang-kadang beri tips. Upline berjiwa rakyatlah katakan. 

Kini, dah besar. Kini semakin besar. Boleh lagi besar. Boleh lagi lagi besar. Mereka punya potensi untuk besar. Mereka punya potensi untuk tumbuh lagi tinggi. Mereka punya potensi menjadi team terhebat di ATM181. Aku sedar dan tahu, mereka sedang bergerak laju. Mereka sedang terbang tinggi. Cuma jangan hilang fokus. Elakkan parasit yang boleh membantut/mematikan tumbesaran di luar kesedaran.

Johor dah sampai. Kuantan dan sampai. Itu yang aku tahu. Aku tak tahu pun banyak. Gerak kerja mereka mustahil 2 tempat tu je sampai. Mesti dah banyak dan luas, cuma aku yang tak tahu. hihihi. Bertuah mereka bernaung dan berguru dengan Cdm Roshila & Cdm Asiah.

Aku petik foto ini, dari wall Cdm Roshila. PT dengan group Ddm Kepet sambil makan-makan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger