Jom Follow

Selasa, 18 Jun 2013

Selasa180613.

Bertemu kembali. Hari ini bermulah rutin biasa. Pagi-pagi hantar Kak B ke sekolah. Tempuh jem. Kadang-kadang jem teruk. Kadang-kadang tak teruk sangat. Kalau jem teruk. Kereta dah berjujuk di jalan keluar, sebelum sampai simpang lagi.  Kalau tak teruk, jem di jalan luar je. Ikut masa aku keluar. Kalau keluar sebelum jam 7.15 am. Jem tak teruk. Balik nanti pun tak teruk jem. Sampai rumah lebih awal. Kalau keluar lewat pada tu, akan tempuhi jem teruk. Balik nanti juga aku kena tempuh jem teruk. Sampai rumah lebih lewat. Lepas jam 8 am. Keadaan semakin teruk, bila pembinaan MRT. Bila siap, bisa kurang jem agaknya. Aku tempuh je sekitar 1KM je, jalan bypas Puchong Sungai Besi.. Lepas masuk KESAS dah tak jem lagi.

Semalam Kak B, demam. Aku kasi rehat kat rumah je. Mungkin mandi lama sangat semasa bercuti di Cherating. Aku ada perasan. Kalau Kak B, kuat main air. Dia akan demam. Hari ini, dah keboh, tapi masih perlu makan ubat. Mem bekalkan ubat untuk Kak B makan di sekolah nanti.

Minggu lepas Kak B, sekolah hari isnin je. Itu pun balik awal. Sekolah ada masalah a/c. Panas dan tak boleh belajar. Jadi cuti sampai Jumaat. Rehat sakan Kak B. Aku pun sama. Tak kalut pagi-pagi. Boleh santai-santai kat rumah. Tapi asyik terperap kat rumah pun tak bagus juga. Lebih baik ada kerja, dari kebosanan.

Pagi tadi, saja-aja aku ke taman awal. Sebelum hantar Kak B. Pusing taman satu dua pusingan. Sebelum aku memasuki pusingan ke-2. Adalah Aso sedang melintasi aku. Sempat sembang dengan aku.

"Awak ada sakit apa?"
"Tak ada."
"Kalau ada sakit, bagus buat macam ni, jalan-jalan sambil tepuk tangan. Sebelum ini, dah gi Hospital Serdang. Check. Salur darah ada sumbat sikit. Dr kasi ubat dan suruh bersenam. Lepas tu pi lagi. Dah tak ada sumbat. Dia dah buat senaman pagi-pagi." sambung Aso tu lagi.

Aku angguk kepala. Jangan malas, kalau nak sihat. Duit boleh cari. Tapi duit tak mampu beli kesihatan. Senaman paling mudah dan murah tapi susah nak lakukan secara istiqamah. Buat 2,3 hari. Berhenti. Mula lagi. Berhenti lagi. Kalau asyik dok gitu. Bila nak sihat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger