Assalamualaikum. Bertemu lagi. In shaa Allah lagi dan lagi dan lagi kita pasti bertemu. Itu pun kalau anda sudi jengok-jengok kat kebun ini. Kebun ini special. Tak sama macam kebun orang lain. Kebun orang tak berapa rajin. Kebun yang hanya jaga pokok-pokoknya je. Lain-lain hal, tuannya tak kisah.
Teringin juga nak cantikkan. Tapi malas nak gi belajar. Rasa-rasa dah kena belajar. Tambah ilmu dan skill untuk jadi lebih molek dan bermakna. Bukan payah pun. Belajar 2,3 jam aku rasa dah reti kot.
Semalam. Aku tak banyak aktiviti. Lepas solat Subuh aku sambung tidur. Tabiat yang tak bagus. Tabiat yang mesti ditamatkan dengan segera. Cuti sekolah, jadi tak ada kerja awal pagi. Tidurlah kerjanya. Tapi orang tidur pagi, rezekinya susah masuk. hihihi. Jam 9 am, kembali melihat dunia. Dah bangun masuk opis dulu. Kena mee hung goreng dan Harakah. Dapat sejam dua lega.
Update blog. Ikuti fb. Itulah aktiviti aku selepas balik opis. Sudah agak lama aku tak serius hadap laptop. P1 tak berapa molek 2,3 hari lepas. Lambab dan lembab. Malas nak layan. Semalam ok, lebih lama sikitla aku dok cokoh depan laptop.
Lepas Zohor. Sekitar jam 2 petang. Anak-anak ajak tonton filem di GSC IOI. Suruh Mem hantar. Tapi Mem ada kerja, jadi aku yang kena hantar. Aku ada 3 pilihan. Hantar dan terus balik. Hantar dan beli buku dan baca sambil tunggu mereka. Hantar dan tonton bersama mereka. Konfius aku. Aku ke sana. Bawa sekali jaket. Kot-kot nak tonton filem bersama anak-anak. Aku alahan sejuk.
Tiket Pee Mak. |
Fikir punya fikir. Baik aku tonton bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya aku tahu apa cerita yang mereka tonton. Sampai IOI. Beli tiket 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Bersama kami tu bukan anak-anak aku je. Ada 2 lagi anak buah yang ikut sekali.
Poster yang terdapat di GSC IOI. Dengar katanya untung sakan di Thailand. |
Pee Mak. Tajuk filem. Filem Siam. Filem hantu. Mirip hantu Nan Nak. Aku ikut je. Cerita apa pun aku layan je. Mereka suka, aku suka. Mereka happy, aku happy. Tak memilih filem. Aku sekadar layan anak-anak. Rupa-rupanya tayangan jam 3.15 pm , itulah tayangan pertama filem Pee Mak di Gsc IOI. Bila dah begitu. Ramai juga yang menonton. Kebanyakannya warga Siam. Aku agak je tu. Tengok pada wajah mereka.
Nak masuk tu. Bekalan tak tinggal. Air mineral dan popcorn. Meat ball pun belasah semalam.
ha!ha!ha!ha! Gelak. Ketawa. Lebih separuh filem. Ingatkan cerita seram. Rupa-rupanya lebih kepada kisah lucu. Sakit perut-perut ketawa.Satu panggung ketawa. Kalau faham Siam lagi kuat ketawa. ha!ha!ha!
Seram sikit je. Sedih pun tak banyak mana. Tengok muka pelakon pun dah tergelak. Kelakar habis. Nak tahu, tonton sendiri. Inilah satu-satunya filem yang aku gelak habis dan tonton sampai habis. Anak-anak pun gelak habis.
Kisahnya mudah je. Mak kahwin dengan Nak, semasa zaman perang. Lepas kahwin Mak kena pertahankan Siam dari musuh. Nak & anak mati ketika bersalin. Bila Mak balik dari perang bersama dengan 4 kawannya, iaitu . Mak hidup dengan Nak. Tengok sendiri la. Aku nak cite pun tak berapa pandai.
Asyik menikmati keenakan makanan di Laman Grill. |
Lepas Isyak. Kami ke Laman Grill di Shah Alam. Kak B yang minta nak datang. Sedap katanya. Dia teringat nak makan lamb chop.
Usai makan. Kami sekali lagi ke GSC, IOI. Tonton Pee Mak sekali lagi. Kali ini bersama Mem, Wan Inda dan Inda. ha!ha!ha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan