Assalamualaikum. Selamat pagi. Selamat siang. Bertemu kembali setelah beberapa hari aku tak mengetik laptop untuk mengupdate blog. Azam nak setiap hari menulis. Tapi itulah manusia. Sering lupa. Sering tak ingat. Kurang disiplin. hihihi.
Apa-apa pun aku tetap bersyukur. Walaupun tak updte beberapa hari tapi hari ini, aku bagi masa juga untuk menulis. Menulis sejarah hidup aku sebagai insan di bumi Allah. Aku tak menulis beberapa hari tu ada sebabnya. Tak tahu nak tulis apa. Sebabnya aku tak keluar rumah. Asyik dengan dunia buku je. Kalau keluar rumah, pasti ada bahan yang boleh aku tulis.
Di mana nak mula. Tak tahu macamana nak mula. Itulah akibatnya beberapa hari tak menulis. Kena hari-hari baru mudah. Kalau tak hari-hari, susah nak tajam skill menulis. Tak gitu ke kawan-kawan.
Sama dengan bisnes. Kalau 2,3 hari tak jumpa prospek, bila nak jumpa lepas tu, mesti sangkut bila share MP. Ada sangkut-sangkut. Nak elak sangkut, mesti hari-hari jumpa prospek. Boleh tak? Bayangkan kita jumpa setiap hari prospek. Satu orang satu hari. Ini paling malas la. Satu bulan, dah 30 orang prospek dah kita jumpa. Dalam 30 orang, takkan 2,3 orang tak sangkut. Takkan 6,7 orang tak minat nak beli produk dengan kita.
Itu kalau satu orang sehari. Kalau 2,3 orang sehari. Wow! Tak boleh nak bayang berapa cepat network anda berkembang. Berapa ramai orang anda telah bawa ke landasan kejayaan.
Nak buat gitu macamana? Senang tak senang. Payah tak payah. Tapi kalau nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.
"Orang baru bolehla Cdm. Kawan masih ramai. Kita ni yang dah lama. Kawan dah tak ada. Kawan yang ada dah tahu malah ada yang tak pickup call." keluh antara kita.
" Aku akui, masa mula-mula join, kawan ramai. Boleh ajak jumpa. Boleh ajak minum. Tapi bila lama-lama akan habis kawan. Tapi kan upline dah ajar. Buat senarai nama. Bukan sekadar buat senarai nama tapi kena sentiasa tambah senarai nama tu. Kalau boleh hari-hari kena tambah." ujar aku.
" Macamana nak tambah hari-hari?" tanya lagi.
" Setiap hari tambah kawan baru. Kita kan selalu jumpa orang. Pergi mana-mana kita pasti jumpa orang. Pergi pejabat pos. Pergi shopping mall. Cuci kereta. Pergi klinik. Tengok bola. Teman anak di taman.
Bila jumpa tu tegur-tegur la. Jangan senyap je. Senyum dulu. Bila dia senyu. Dah boleh jadi lawan cakap. Sembang-sembang. Itulah formulanya untuk tak berhenti tambah senarai nama."
" Nak sembang apa Cdm. Tak pandai la"
" Formulanya senang je nak sembang. Orang suka bercakap pasal diri mereka. Tanya yang biasa-biasa dulu. Nama. Dok mana. Kerja mana. Anak berapa. Asal mana. Kerja apa. Mereka pasti seronok. Sambil-sambil tu puji. Mereka pasti seronok.
Kalau orang tu suka bola. Cakap pasal bola. Kalau orang tu suka pasal melancong. Cakap pasal melancong. Kalau orang tu suka makan, kita sembang pasal makan. Masa sembang tu, bagi kawan baru kita tu lebih bercakap. Dia lagi suka."
" Buat je, 2,3 kali buat. Dah tak segan lagi. Kalau selalu buat, anda akan ketagihan nak jumpa kawan baru setiap hari. Bila ini dah kadi, bisnes kita tidak akan mati. Malah ianya hidup, selagi kita berbisnes."
"Nanti saya cuba. Mudah ke orang baru kita kenali nak bagi no telefon" sambungnya lagi.
"Kalau kita minta direct no hp, tak semua orang bagi. Tapi cuba kita minta bisnes kadnya. Pasti kita akan dapat no telefonnya kan. Kalau dia tak bawa sekali pun, dia akan bagi ni telefonnya."
"Bila dapat, nak call nak cakap apa?"
" Kita boleh buat macam ni. Setiap hujung minggu. Semak semua no telefon kawan baru kita tu. Call dia, untuk mempastikan no telefonnya betul. Sembang biasa. Berkawan dulu. Lama-lama boleh berbisnes. Tak perlu ajak join. Share kebaikan produk dulu pun dah cukup.
" Kena ada buku khas untuk tulis senarai nama. Kalau tak ada, biasanya no telefon akan mudah tercicir. Ada tu tulis nak hp kat tisu je. Ada tu tulis no hp kat bucu surat khabar. Bila nak cari, dah tak jumpa. Rugi! Lebih-lebih lagi kawan tu punya potensi jadi rakan bisnes."sambung aku lagi.
"Terima kasih Cdm, kongsi ilmu pagi ini. Jumpa lagi Assalamualaikum."
"Waalakumusalam."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan