Jom Follow

Ahad, 7 Oktober 2012

Sabtu: Serbu Car Book Sale Kota Buku.

Repair laptop.
Perlukan sejam juga baru siap.
Jadi kami teruskan agenda.
Menuju Library KL.
Ada Car Book Sale.
Anjuran Perbadanan Kota Buku Malaysia.
Acara Car Book Sale, diadakan dua minggu sekali.
Dah minat dengan buku, hati teruja nak ke sana.
Nak lihat @ cari buku...
 
Malas nak drive.
Susah-susah cari parkir.
Nanti nak gi lagi ke Low Yat.
Jadi kami ambil keputusan.
Naik teksi je la.
Nasib baik drive guna meter.
Takut nak naik teksi, ramai cekik darah.
(nak tahu lebih lanjut baca the star hari ini)
Bukan jauh pun.
Sebelah Dataran Merdeka. 

Semalam tak ramai orang berniaga.
Mungkin kesibukan kot.
Biasanya penjual buku, terbitkan sendiri buku mereka.
Ada juga semalam ITBM.
Sewa pun hanya RM5.

CDM Kartini & Aiman bergambar dengan salah seorang penjual buku. Dua buah buku kami beli kat sini. Merah Silu fb & blognya.
Antara peminat buku yang hadir, sedang memilih untuk dimiliki. Datang bersama pasanganya.

Ini pula pasangan akak kat atas tadi. Ralit tengok buku.
Salah satu booth semalam. Terbitkan sendiri bukunya. Buku yang dijual semalam dah buku ketujuh tulisannya. Tapi aku belum berminat nak beli. Mungkin lain kali aku akan beli, setelah ada sape-sape yang tulis pasal bukunya diakhbar.
Siap ada makan-makan. Apa lagi belasah je la. Dah free. Kota Buku pun under KPM juga. Bajet ada.
Aku ingatkan orang berpusu-pusu datang.
Rupa-rupanya tak ada orang.
Aku rasa kurang promosi.
Kalau ada hanyalah melalui page Kota Buku sahaja.
Tak semua orang tahu kewujudan Kota Buku.
Kalau kena gaya promosinya.
Pasti ramai yang datang.

Sempat juga sembang dengan orang-orang kat sini.
Mana tahu boleh jadi rakan biz suatu hari nanti.
Kalau tak nak jadi rakan biz pun boleh jadi pengguna produk.
Untung juga kami ke sana semalam.
Produk sedang hot sekarang. Tak minum satu kerugian besar. hi!hi!hi!
 

1 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Bagi pihak Kota Buku saya ucapkan seribu penghargaan di atas kehadiran Tuan dan isteri ke Car Book Sale kelmarin. Memang saya akui memang kurang sambutan semalam berbanding dua minggu yang lepas dan setelah bercuti panjang puasa dan hari raya.
    Saya juga terpanggil untuk berkongsi dengan Tuan tentang pekan Buku Karat ni... jika hendak dbandingkan dengan Amcorpmall ternyata jauh sekali. tetapi apa yang dapat saya kongsi adalah lawatan saya ke Hay-on-wye di wales dan pertemuan bersama Kampung Buku Redu di Belgium dan Kampung Buku di Clunes Australia , diRedu , pekan tersebut hampir mati dan tidak berpenghuni tetapi dengan ketabahan sepasang suami isteri membuka kedai kopi dan meletakkan buku sebagai aktiviti sampingan , lama kelamaan makin ramai orang datang dan perlahan-lahan Redu berjaya menarikramai pengunjung dengan pelbagao festivalnya. Begitu juga kampung buku Clunes, dari sebuah bekas lombong emas, tinggal beberapa buah rumah dan penghuni sahaja, beberapa orang komuniti emas telah berpakat untuk mengadakan pesta buku kecil kecilan. Menariknya mereka hanya bermesyuarat di cerukdapur salah seorang daripada pengasas Kampung Buku tersebut. Perlahan-lahan mereka mengatur program untuk menarik pengunjung ke kampung buku, kini mereka juga berjaya.
    Saya juga optimis dengan kejayaan Car Book Sale ini. Mungkin lokasinya juga agak tersorok tetapi selesa untuk aktiviti. Promosi juga kurang, itu saya akui. Namun bagitu, itu bukanlah alasan, pihak Kota Buku akan mencuba sedaya upaya mengimarahkan lagi pengisian Kota Buku selaras dengan fungsi penubuhannya.
    Sekali lagi , terima kasih diucapkan kepada Tuan yang budiman kerana sudi memberikan komen yang membina. Jemput sekali mengikuti perkembangan kami yang baru beroperasi 1 Januari 2012 yang lepas.

    Salam hormat
    Norhayati Razali
    Kota Buku

    BalasPadam

Powered By Blogger