Jom Follow

Rabu, 3 Oktober 2012

Safira Club: Rabu Minggu Pertama Oct,

Bertemu lagi.
Hari Rabu pertama bulan sepuluh.
Tiga haribulan sepuluh tahun dua ribu dua belas.

Santai & rehat lepas makan.
Update blog sebelum keluar menjemput rezeki.
Keluar menuju Safira Club, Seberang Jaya.
Ikuti kelas ATM181 di sana malam ini.
Teringin nak bertemu mata dengan rakan ATM181 belah Utara.
Dengar cite, belah sana ramai rakan niaga baru sign up.
Belah sana juga sikit kalut dengan cinta baru berputik.
Biasalah baru kenal, perangai buruk masih tertutup.
Indah-indah dan ceria sedang nampak.
Ramai yang teruja & terpikat.
Sanggup berpisah dengan cinta lama yang terbukti setia.

Sepatutnya minggu lepas kami ke sana.
Tapi ada hal lain, jadi kami bawa ke minggu ini.
Molek juga minggu ini, bulan baru, boleh fokus buku baru.
Boleh fokus pada kenaikan pangkat, tabung kereta & tabung wawasan.
Baru tiga hari masuk, jadi sempat lagi kejar itu semua.
Asalkan fokus pada biz dan kurangkan buat hal-hal yang menggagalkan anda capai itu semua.

Nak biz laju sokmo.
Sokmo ada cabaran.
Itulah dia kehidupan di dunia.
Tak lepas pada cabaran.
Cabaran jadikan kita lebih pandai & bijak.
Cabaran jadikan kita semakin kuat.
Bukannya semakin lemah.
Lama-lama tinggal terus biz.

Kerajaan selalu pesan.
Bank Negara Malaysia selalu cakap.
Untung tiap-tiap bulan tu skim cepat kaya.
10% setiap bulan tu skim cepat kaya.
Mana ada melabur, begitu banyak untung setahun.
Paper hari ini dah keluar.
Ramai yang kena.
Marah-marah & sesal pun ada.
Terlalu banyak wang lesap kat situ.

Terlupa.
Aku nak ke Safira Club.
Lebih 3 tahun bertapak kat Utara.
Masih baru lagi. Masih kecik lagi. Masih anak-anak lagi.
Masih tak boleh lepas bebas. Jatuh cepat luka & berdarah.
Anak-anak cepat merajuk. Nak banyak & cepat.
Usaha nak sikit, asalkan masuk lebih.
Hukum alam mana ada gitu.
Kena usaha setimpal.

Tanam benih.
Tinggal dan harapkan membesar.
Mana boleh gitu.
Kena jaga, kena baja, kena siram.
Kena halang musuh-musuh.
Baru boleh membesar jadi balak.
Ribut datang tak tumbang.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable