Jom Follow

Isnin, 29 Oktober 2012

Selamat Pagi Cikgu(1)

Selamat Pagi Cikgu.
 
Aku telah keluar rumah. Hujan ke tak hujan. Mengantuk ke tak mengantuk. Tidur awal ke tidur lewat. Mesti ke sekolah. Mesti masuk kelas. Ajar anak bangsa. Hari ini aku mesti sampai awal. Hari ini ada perhimpunan. Tak boleh lewat dari jam 7.30 pagi. Kalau lewat, mesti merah aku punya punch kad. Tiga kali merah dalam satu bulan. Dapat surat tunjuk sebab. Mesti jawab dalam masa 14 hari.

Pergi kerja pakai motor. Menetap di Kg Abu Bakar Baginda. Pergi sekolah ikut Besraya> Sungai Besi> Bandar Tasik Selatan> SMT KL. Pakai motor, ketika hujan paling sedih. Hujan sikit je, kita dah basah. 

Perhimpunan dalam dewan. Guru-guru mesti berada atas pentas. Agenda perhimpunan. Ucapan MC. Nyanyi lagu 'Negaraku', lagu sekolah. Lepas tu dengar ucapan pengetua. Pesanan dan motivasi. Ada juga marah-marah. Nak mendidik anak bangsalah katakan. 

Lepas perhimpunan. Kalau ada kelas. Terus ke kelas. Kalau tak ada kelas, breakfast dulu. Kadang-kadang breakfast kat sekolah. Kadang-kadang kat luar. Kat luar lagi kerap. Dah jemu sangat makan menu yang sama je. Kat luar, boleh pilih kedai mana yang nak. Boleh kira dengan jari, aku melantak kat kantin sekolah.

Aku mengajar kat makmal. Ajar fizik. Satu minggu kena mengajar sekitar 24 waktu. Ajar pun tingkatan 4 dan 5 sahaja. Satu waktu 45 minit sahaja. Biasanya fizik perlukan 2 waktu setiap kali mengajar. Kalau 1 waktu tak sempat habis. Aim aku senang je. Jangan ada yang gagal dalam SPM. Kalau ada yang gagal, cikgu-cikgu tunggu nak sembur aku je. Tapi sepanjang mengajar ada yang gagal fizik bersama dengan subjek-subjek lain. Selamat aku...

Mengajar aku tak kisah sangat. Aku seronok. Walaupun ada hari-harinya tak seronok. Tapi kerja pengkeranian yang buat aku malas. Kena lapor tu. Kena lapor ni. Nak report tu. Nak report ni. Kena bawa team bola. Kena latih bola. Macam-macam kena buat. 

Mengajar. Bagi latihan. Semak latihan, kalau rajin. Taip soalan peperiksaan (bukan buat soalan, sebab semua cikgu cut & paste je tapi mengaku buat soalan). Semak peperiksaan. Bagi markah tinggi-tinggi. Kalau rendah, pelajar datang komplen kenapa markah mereka sikit. Nanti kena marah kat makbapa. 

Aku kerja di bawah Haji Kamarudin Hamzah. Lepas tu di bawah Puan Hajah Jaminah. Encik Nordin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger