Jom Follow

Ahad, 21 Oktober 2012

Bye!Bye!Bye! XXXX KU!

Saja-saja aku nak kongsi. 
Tak kongsi pun tak apa.
Tak terjejas pun aku & biz aku.
Tapi aku rasa nak share je kat sini.
Gatal tangan nak ketik ini punya laptop.
Kalau baca, terima kasih.
Tak baca, aku tak boleh paksa.

Kisahnya ringkas.
Sikit je, tak sampai 1 muka surat je.
Bukan pasal aku. Tak ada kaitan langsung.
Juga tak ada kaitan dengan CDM Kartini.

Kisahnya bermula begini.
Adalah seorang hamba Allah tu.
Dah lama berbiz PB.
Dah bergelar XXX.
Sales meletup-letup.
Ribu-riban sebulan dapat.
Tak payah buat kerja lain lagi.
Cukup je dengan biz PB sahaja.
Berteduh di bawah pohon yang kukuh(kononnya)
Kat situ ramai yang hebat-hebat.
Pangkat otai-otai kat situ, tak ada dalam senarai pangkat syarikat.
Buat-buat pangkat.hi!hi!hi!

Aku dengar kisah terbarunya.
Lain macam je bunyi.
Dah pindah pohon baru, buat berteduh.
Hinggakan 24/11 ni pun tak nak naik pentas.
Berpatah arang berkerat rotan.

Aku tak tahu, kenapa?
Pohon baru.
Ladang baru.
Otai baru.
Pengurus baru.
Idea baru.
Pemain baru.
Corak serangan baru.
Gol baru...
Dia datang.
Bawa downlinenya juga.
Parah! Semakin parah...otai lamanya...
Bisa Meroyan.
 
Sanggup terminat kontrak yang berbaki.
Sanggup buat kontrak baru.
Ladang baru, mentarinya lebih bersinar.
hi!hi!hi!
Bye!Bye!Bye!

Dah macam pasukan bola.
Boleh pindah/tukar pasukan.
Pilih gaji lebih besar.
Pilih coach baru.
Pilih padang baru.
Pilih Otai baru.

Nak berhijrah. Pilihlah pasukan Kelantan!!!!


1 ulasan:

Powered By Blogger