Jom Follow

Khamis, 4 Oktober 2012

Khamis: Safira Club Lagi.

Sekitar Safira Club.
Rabu.
3/10/12.

Kosong. Tak ada orang. Menanti untuk diisi oleh warga Akademi Taipan Malaysia181. Aku pun terkejut. Sekejap je ruang-ruang kosong dipenuhi. Dari wajah-wajah mereka, nampak jelas muka fighter. Muka rezeki. Muka pejuang hebat. Muka pantang undur. Muka kaya.hi!hi!hi! Insyaalah akan di isi penuh setelah berakhirnya empayar emas. Akan ada yang terdampar di bilik ini suatu hari nanti.
Bila kelas mula. Penuh. Insyaalah minggu depan lagi ramai. Satu orang, bawa satu orang baru. Padat. Melimpah sampai ke luar. Sape yang datang tengok suasana, dah konfiden dengan ATM181. Suasana convince. Suasana yang bercakap. Suasana yang tutup mulut prospek baru dari kata 'no'.
CDM Rizal. Jumpa dengan rakan niaga lepas kelas. Bincang apa yang patut. Tetapkan target bulan ini. Fokus pada biz. Fokus pada demo. Fokus pada booomkan biz. Groupnya makin subur. Groupnya makin melekat dengan kelas. Ternyata sentuhannya semakin menjadi. Pembelajarannya selama 2 tahun lebih bersama ATM181, ternyata berikan hasil yang lumayan.
Hadir untuk semangat. Hadir untuk mantapkan skill. Hadir untuk support ATM181. Hadir untuk meriahkan suasana. Dapat hadiah cabutan bertuah. Dapat hand beg lagi. Ingat hadir bukan untuk ini. Tapi hadir untuk kukiuhkan tapak biz,untuk meniaga sepanjang hayat. Dapat itu extra nasib. Lepas ni, berjuang di medan. Mendalam dan melebar.
SSM Azhar. Permata dalam pembikinan. Tengku & Fitri yang inform kat aku. Semoga cepat berkilat dan tak mudah hancur. Kesungguhan yang ditunjukan oleh SSM Azhar sungguh luar biasa. 
Sebelum balik. Tinggalkan dulu tips-tips pada panglima ATM181 Utara. Nak berjaya bukan mudah. Perlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Rajin dan tinggalkan kawan yang pemikirannya negatif. Hidup kita terlalu singkat. Tak ada masa dok layan hal-hal yang membawa kepada ketewasan. Masih muda. Masih bertenaga. Usaha betul-betul. Kumpul aset banyak-banyak.
Ada lagi foto-foto.
Tak payah share semua sekali gus.
Sikit-sikit aku share.
Simpan dulu.
Sampai masanya aku keluarkan foto-foto tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger