Jom Follow

Isnin, 8 Oktober 2012

Ahad: GSC IOI Mall.

Ahad.
Lepas kelas USJ.
Kami ke GSC, IOI Mall.
Baby nak tengok cite 'Hotel Transylvania'.
Dia bagi tahu aku sebelum tidur malam sebelumnya.
Anak-anak kami bersama kawan mereka.
Waktu tayangan jam 2 petang.
Kami bersama 2 anak jiran.
Layan cite tersebut.
Aku pun join sama.
Sekadar teman anak-anak.
Asalkan mereka seronok, aku juga seronok.
Awal-awal lagi aku dah tertidur.
Tak paham apa satu....

Kalau ikutkan hati, malas nak ikut.
90 minit aku dah dapat khatam sebuah buku.
Tapi demi anak-anak, aku join mereka.
Bagi mereka lihat yang terbaik.
Dari layan CD, lebih baik masuk panggung bersama makbapa..

Wow!
CDM Kartini pun ikut sama.
Tapi layan cite ' Hantu Kapcai'.
Katanya kelakar gile.
Hari tu dah pi bersama Baby dan Aiman.
Tapi tak cukup umur(18tahun), tak boleh masuk.....
huhuhuhuhu
Jadi semalam pi lagi.....

Kerja rajin.
Untuk dinikmati bersama keluarga.
Sibuk macamana pun, masa bersama anak-anak tetap ada.
Lebih-lebih lagi hujung minggu.
Kena ada masa, Aiman balik dari Kelantan.

Kerja sendiri.
Boleh ejas masa.
Boleh buat appt/tak buat appt hari minggu.
Ikut keadaan...

Zaman dah berubah.
IT punya zaman.
Segalanya hujung jari sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger