Jom Follow

Ahad, 14 Oktober 2012

Banda Hilir.

Melaka semalam.
Sebelum kelas.
Putar-putar dulu Banda Hilir.
Hayati Sejarah Lama.
Sejarah untuk kita pahami.
Akan berlaku lagi tapi pelakon je berbeza.
Bawa anak - anak sekali.
Sambil-sambil tu, terangkan kat anak sikit-sikit pasal sejarah.

Kami pun dah lama tak ke sini.
Datang pun dulu-dulu.
Dah lebih 10 tahun dulu.

Banyak lagi pasal sejarah melaka yang aku tak tahu.
Sesekali datang sini, timbul kesedaran nak tahu.
Tapi bila balik KL.
Hilang entah ke mana.

Ramai peniaga jual cenderamata.
Jual untuk duit.
Sejarah mungkin juga mereka tak tahu.
Tak boleh cerita, kalau kita tanya mereka.
Kerja semata-mata duit.
Bukan untuk sebarkan sejarah melaka.
Dalam pagar tu. Bekas tinggalan kota pertahanan dulu-dulu.
Bergambar berlatarbelakangkan Gereja.

Tangga menuju ke Muzium..
Pintu Gerbang Santiago.
 
Pintu Gerbang Santiago???
Aiman diapit oleh 2 kubur..


Kubu pertahanan kota melaka.

Bersedia untuk bergerak. Pemandu beca tolong snap. Pemandu beca, aku & aiman punya dah 8 tahun. Kat sini punyai hampir 300 buah beca. Berebut cari pelanggang. Harganya tak murah sangat. Tapi bila mengenangkan susah payah mereka. Kami buat tak kisah. Mereka pun nak hidup juga.

Add caption

Kubur Belanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable