Hari ini. Hari rehat bagi aku. Tak gi mana-mana. CDM Kartini, keluar sekitar Kinrara sahaja. Jadi aku tak perlu ikut. Melekat kat rumah je. Dah melekat kat rumah. Tak buat sesuatu yang benar-benar berfaedah. Relaks dan makan saja.
Hari ini. Malas melanda. Hanya baca paper saja. Tak sentuh buku. Tak belek buku. Tak baca buku. Padahal ada lagi buku-buku yang belum aku baca pun lagi. Kata tidur, tak juga. Sekadar mengalamun dan sekali sekala update fb.
Aku keluar pun sekadar hantar Baby ke sekolah. Itu pun lambat. Hampir jam 8 pagi baru sampai ke sekolah. Biasanya 7.40 tu memang dah sampai. Jam 8 pagi aku dah sampai rumah. Angkara lewat hantar Baby ke sekolah. Masa balik, aku sangkut di LDP. Kereta dah banyak masa tu.
Aku boleh agak. Apa sebabnya. Aku bangun lewat. Orang dah azan subuh. Aku tak sempat solat di surau. Hanya solat kat rumah. Aku pun tak tau kenapa boleh lewat sedar. Biasanya aku boleh sedar sebelum subuh. Tidur awal. Mungkin tidur dalam kekenyangan. Dah 2 hari tak solat subuh kat surau.HU!HU!HU!HU!
Aku mulakan pagi dengan frust. Jadi mood frust tu pengaruhi keseluruhan aku hari ini. Banyak perkara tak terbuat hari ini. Aku yang pilih. Nak buat macamana. Mulai saat ini kena berubah. Jadi bermood. Jadi lebih ceria. Muka berseri-seri. Rezeki senang masuk.
Nak gi Shah Alam. Tak jadi. Nak gi MPH. Tak jadi. Nak baca buku. Tak jadi. Masa terbuang gitu saja. Malam ini dah tak boleh. Mesti buat sesuatu. Baca al-quran. Itu pun kejap. Perut meragam. Asyik keluar angin je. Akibat makan petai tengahari tadi. Dah tahu tak boleh. Melantak juga. Tapi aku jenis tak boleh tengok. Terliur je. Lagi pun ada sambal tempoyak. Apa lagi, bedal sakan petai. Perut meragam sudahnya. Nak baca al-quran lebih lama sikit dah tak boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan