Semalam.
Aku ke Library Selangor.
Dah lama juga aku tak ke sana.
Bawa Aiman sekali.
Nak bagi Aiman belajar.
Kalau kat rumah banyak sangat gangguan.
Aiman cuti, peperiksaan PMR.
Aiman belajar.
Aku temankan.
Dapat baca buku.
Novel Sejarah.
Tengku Menteri.
Sebenarnya dah lama novel ini diterbitkan.
Dah selalu tengok novel ini, tapi tak ada minat nak baca.
Aku pelik sikit, novel sejarah tak menarik minat aku.
Tapi aku suka menelaah buku-buku travelog.
Nak jadikan cerita. Aku beli buku 'Travelog Seychelles'.
Kisahnya berkisar Talib Samat ke Pulau Seychelles, menjejaki sejarah Raja Abdullah yang dibuang ke sana oleh Orang Putih.
Dalam buku tu, banyak kisah tentang Ngah Ibrahim.
Jutawan Melayu.
Mungkin jutawan melayu pertama.
Kisahnya dah dibukukan dengan tajuk Tengku Menteri.
Jadi membakar aku punya minat.
Dah beberapa hari mencari, tapi tak jumpa.
Semalam aku jumpa kat Library Selangor.
Apa lagi terus baca dan pinjam.
Memang menarik.
Aku syorkan agar kawan-kawan dapat baca buku ini.
Beri suntikan motivasi untuk bekerja keras dan lasak.
Dah jumpa buku ini.
Buku-buku lain tolak tepi dulu.
Mahu fokus padanya dulu.
Mungkin sehari dua akan habis.
Itu pun kalau tak ada gangguan.
Mungkin tak ada, Aiman ada kat rumah.
Aku kena teman dia belajar.
Kalau tak, main & tengok tv je kerjanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan