Semalam telah berakhir penantian kami sekeluarga. Langkah persediaan bermula lebih awal. Hari jumaat lagi. Lepas semi final ke-2. Selangor Vs Kelate lagi. Kami dah setkan. Nak tonton final di stadium. Nak benar-benar merasai suasana perlawanan akhir.
|
Ketika Perlawanan Separuh Akhir ke-2. Selangor VS Kelantan. Mood nak tengok final kat stadium terbakar ketika ini lagi. |
Pagi khamis.Bila tiket mula dijual. Aku & Aiman awal-awal lagi dah beli. Beli awal. Elak beratur panjang. Aku beli hari tu 11 keping dewasa dan 1 kanak-kanak. Kami hanya 4 tiket. 3 lagi kak ngah. 5 lagi untuk Samhan Haron.
|
Wow! Awal-awal lagi dah beli tiket. |
Khamis malam. Kami balik Kelantan. Kami bertembung kereta bertali arus menuju KL. Bahang final telah melanda rakyat kelantan. Kami juga teruja gile. Nasib baik malam. Tak nampak sangat bendera-bendera kelantan berkibar dikereta mereka yang menuju KL. Kalau tak lagi hangat....Kami balik pun pasal ada kelas produk Bio Velocity Sleep Mate di Stokis Azailani Besut.
|
Sebahagian mereka yang hadir ke kelas produk Bio Velocity Sleep Mate di Stokis Azailani Alor Lentang. |
Jumaat malam kami terus naik KL. Dah tak sabar. Nak tengok final. Lewat bertolak pun tak apa. Tetap drive. Tidur 2,3 kali juga. Kami masuk pintu rumah jam 6.30 pagi....Lepas solat subuh. Terus terbungkam. Jam 8.30 pagi dah bangun. Bangun dengan keceriaan dan mood happy...Maklumla tidur beralaskan Bio Velocity Sleep Mate. Sekejap dah cukup. Mood ceria tetap ada, meskipun mengantuk masih ada.
|
Komples Kejiranan Presint 11. Tak pernah sampai. Semalam baru sampai. Besar dan lebih lengkap kemudahanya. Tapi food courtnya kurang ceria. Gelap je dan sikit tertutup. Tak nampak dari jalan luar. |
Pagi sabtu. Selepas hantar Baby ke kelas. Aku & Aiman ke Kompleks Kejiranan Presint 11. Hantar tiket bola kat Samhan. Dia breakfast kat sana. Bawa geng bola. Aku pun ambil kesempatan berbreakfast kat sana. Kena nasi belauk...Lama juga sembang. Kisah bola. Kisah terhebat hari tu. Kisah terhangat hari tersebut bagi rakyat kelantan.
Disebabkan mana-mana sahaja orang cakap pasal bola. Dari tak minat, bertukar jadi minat. Rumah-rumah rakyat kelantan di KL, jadi tempat persingahan peminat bola dari luar KL, terutamanya dari Kelantan. Singgah mandi & rehat sebelum ke Shah Alam.
Balik dari Presint 11. Aku sambung tidur. Tambah tenaga. Biar full tenaga, tonton bola dengan keceriaan. Mood heppy untuk merai kemenangan nanati. Dari jam 11 terbungkam hingga jam 5 petang. Bangkit sekejap tunaikan solat zuhur. Lagi parah, terlupa aku nak ambil Baby dari kelas. Mim balik jam 2 baru gi ambil. Lama juga Baby tunggu. Nak buat macamana terlejak tidur....Itulah lebihnya tidur beralaskan Bio Velocity. Nak lama pun boleh. Nak sekejap pun ok. Dua-duanya kembalikan tenaga yang hilang.
Jam 6 petang. Kami anak beranak bergerak ke Stadium Shah Alam. Hampir jam 7 baru sampai. Penuh gile. Tepi jalan dah penuh keta. Tempat parkir pun penuh. Tapi kami redah juga. Nasib baik juga masih tersisa parkir buat kami. Jauh ke dalam masuk. Itu pun dah parkir double. Nak buat macamana. Lautan kereta yang masuk. Rata-ratanya penyokong Kelate. Hujan pun dah macam tak hujan. Semuanya mood gembira. Mood menang bersama mereka.
|
Serbu pintu 2. Tunggu sehingga dibuka. Tempat lain dah penuh. |
|
Belum mula. Dah start. Beli tu. Beli ni... |
Solat maghrib dulu. Kat parkir ada surau. Dah solat, tengok bola pun dengan tenang. Mereka dah masuk stadium. Bersolat beralaskan bendera kelate. Bola-bola juga. Solat tetap no 1. Aku pun tak sempat nak rakam gambar. Mood cari tempat duduk. Rata-rata penuh. Nak celah pun tak boleh. Kami pun tunggu kat pintu masuk Pintu 2. Kat sini, dikosongkan. Zon pemisah antara penyokong Kelate dan penyokong ATM. Mula-mula tak bagi. Kami sabar. Tunggu punya tunggu. Akhirnya dibuka juga untuk penyokong Kelate. Apa lagi serbu. Cepat-cepat menyelit. Dapat juga seat kosong. Dapatlah kami tonton bola dengan aman dan tenang. Masa ini baru jam 8 malam....Dok belakang gol. Bawah scoreboard. Belakang gol pun tak apalah asalkan dok dalam stadium. Asalkan kami jadi salah seorang dari gelombang merah semalam.
|
Lautan penyokong pasukan kelantan: Bukan BN Kelantan Tau. |
Tengok bola dengan kenalin. Cukup-cukup mendebar. Tak senang duduk. Kat bawah ni aku share foto-foto yang sempat aku rakam. Guna HP Samsung. Ada tak jelas. Kira ok la tu. Buat kenang-kenangan kami sekeluarga. Sempena kelantan menang 3 Piala Tahun Ini. Piala FA, Juara Liga Super dan Piala Malaysia.
|
DDM Din turun dari Penang bersatu dengan adik beradiknya di Stadium Shah Alam. |
|
Baby pun nak join. Sekejap je dah boring. Layan games je. |
|
Wow! Menang juga akhirnya. Perlawanan penuh kenalin. |
|
3-2 sudahnya. Tersenyum puas. Mood gembira. |
|
Sebelum menuju ke kereta. Beli dulu baju. Hijau ke Putarajaya...Sokong Hijau pulak.hi!hi!hi. |
Ni pula aku kutip foto-foto dari wall aku punya geng yang tonton di stadium shah alam.
|
Samhan bersama geng fanatik bola kelate. |
|
Cik Ross pun ada mari. |
|
Cikgu kita dari kelate mari tu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan