Jom Follow

Selasa, 30 Oktober 2012

Mee Bandung DDK.

Selamat tengahari.
Sesuai sangatla aku sharekan gambar ini.
Tengah lapar dan tak tahu apa nak makan.
Mee bandung pun bagus juga.
Mee Bandung hasil tangan isteri.
Mudah, senang dan cepat.
Sape-sape teringin nak makan.
Susah nak cari yeng sedap.
Boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan.
Daging 300gram(potong kecil, rebus dan ambil airnya)
Mee kuning 1 paket.
Kobis bulat 1/6 bahagian.
Bawang merah 7 ulas.
Bawang putih 5 ulas.
Cili kering 7 tangkai
Udang kering segengam.
Sos cili 4 sudu besar.
Sos tiram 4 sudu besar.
Kacang tanah segengam.
Udang 6 ekor.
Telur 3 biji.

Cara.
Blender
(Bawang merah + Bawang putih + Cili kering + Udang kering).
Tumis bahan yang diblander tadi sehingga naik bau.
Masukan sos cili + sos tiram.
Tambah air rebusan daging termasuk daging.
Masukan kacang tanah yang telah ditumbuk ke dalam kuah untuk pekatkan.
Pecahkan telur satu persatu.(jangan kacau)
Bila telur dah keras masuk udang hidup + sayur kobis.
Masukan garam buluh + gula secukup rasa.
Angkat dan boleh hidangkan...

Bila nak makan.
Bila-bila suka.
Bila-bila lapar.
hi!hi!hi!

Sesekali aku share lain dari biz..
Kalau asyik biz, nanti ada yang jemu juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable