Jom Follow

Rabu, 10 Oktober 2012

Pameran Buku; Kedai Buku Sinar Bestari

Semalam.
Selasa.
9/10/2012.
Jam 10 pagi.
Aku & Aiman.
Hadirkan diri ke Parkir Masjid As-Salam.
Puchong Perdana.
Ziarah Pameran Buku oleh Kedai Buku Sinar Bestari.
Pameran Buku ini akan berakhir pada 14/10/2012, iaitu ahad ini.

Buku dah jadi minat aku.
Bila aku tahu, mesti pergi punya.
Mana tahu, dapat buku-buku yang menarik dengan harga diskaun.
Boleh tambah koleksi aku dan tambah aku punya ilmu.
Sikit kurang bagus. Diskaun paling tinggi pun 15% sahaja.
Bagi aku, kalau pameran seumpama ini biarlah diskaunnya tinggi sikit.
Baru berbaloi serbu. Beli pun bukan sebuah je. Ada yang sampai 7,9 buah.
Baru berbaloi. Semalam kalau diskaunnya cecah 40%, borong sakan.
Tapi tak jadi....

Lebih kerap ada pameran seumpama ini.
Aku lagi syok. Boleh tambah koleksi 'Rumah Buku'.
Kat Putrajaya pun ada.
Perbadanan Putraja Holding.
Belum pi lagi.
Kalau pi, borong buku lagi...

Wow! Kamarudin Mamat.

Wow! Banyaknya buku, keluaran Karangkraf dan anak syarikatnya.
Memang tak salah aku kunjungi semalam.
Orang belum ramai, cuaca belum panas.
Boleh pilih buku dengan tenang.
Tapi tak lama, aku dah nak ke Librari Selangor dengan Aiman.

Seronok.
Hepi sokmo.
Selalu ada 
Majalah SOLUSI pun ada. Keluaran awal-awal pun ada. Bagus bagi mereka yang sedang buat koleksi. Cukupkan mana yang belum ada. harganya hany RM5 sebuah.

Tingginya. Itulah sebahagian buku terbaru Ustaz Azahar. Macam goreng pisang panas. Jadi rebutan pembaca.
Aku ada beli beberapa buah buku. Nak tengok. Sila rujuk page Rumah Buku'. Tapi belum upload lagi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger