tag:blogger.com,1999:blog-1963034625947186563.post3309738200261337799..comments2023-10-04T18:50:59.160+08:00Comments on Catatan Perjalanan Hidup Networker: Sabtu: Serbu Car Book Sale Kota Buku.KAMARUDDIN BIN MAMAThttp://www.blogger.com/profile/02279871403419843450noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-1963034625947186563.post-46922660752801751122012-10-07T21:00:35.081+08:002012-10-07T21:00:35.081+08:00Salam Tuan,
Bagi pihak Kota Buku saya ucapkan seri...Salam Tuan,
Bagi pihak Kota Buku saya ucapkan seribu penghargaan di atas kehadiran Tuan dan isteri ke Car Book Sale kelmarin. Memang saya akui memang kurang sambutan semalam berbanding dua minggu yang lepas dan setelah bercuti panjang puasa dan hari raya.
Saya juga terpanggil untuk berkongsi dengan Tuan tentang pekan Buku Karat ni... jika hendak dbandingkan dengan Amcorpmall ternyata jauh sekali. tetapi apa yang dapat saya kongsi adalah lawatan saya ke Hay-on-wye di wales dan pertemuan bersama Kampung Buku Redu di Belgium dan Kampung Buku di Clunes Australia , diRedu , pekan tersebut hampir mati dan tidak berpenghuni tetapi dengan ketabahan sepasang suami isteri membuka kedai kopi dan meletakkan buku sebagai aktiviti sampingan , lama kelamaan makin ramai orang datang dan perlahan-lahan Redu berjaya menarikramai pengunjung dengan pelbagao festivalnya. Begitu juga kampung buku Clunes, dari sebuah bekas lombong emas, tinggal beberapa buah rumah dan penghuni sahaja, beberapa orang komuniti emas telah berpakat untuk mengadakan pesta buku kecil kecilan. Menariknya mereka hanya bermesyuarat di cerukdapur salah seorang daripada pengasas Kampung Buku tersebut. Perlahan-lahan mereka mengatur program untuk menarik pengunjung ke kampung buku, kini mereka juga berjaya.
Saya juga optimis dengan kejayaan Car Book Sale ini. Mungkin lokasinya juga agak tersorok tetapi selesa untuk aktiviti. Promosi juga kurang, itu saya akui. Namun bagitu, itu bukanlah alasan, pihak Kota Buku akan mencuba sedaya upaya mengimarahkan lagi pengisian Kota Buku selaras dengan fungsi penubuhannya.
Sekali lagi , terima kasih diucapkan kepada Tuan yang budiman kerana sudi memberikan komen yang membina. Jemput sekali mengikuti perkembangan kami yang baru beroperasi 1 Januari 2012 yang lepas.

Salam hormat
Norhayati Razali
Kota Bukunorhayatihttps://www.blogger.com/profile/02412791725254832525noreply@blogger.com