WoW! Buku ini beli di Kedai Jaafar Rawas Kota Bahru. Dah lama aku nampak buku ni. Tapi tak rasa pun nak beli. Lagi pun buku ini bukan Yvonne yang tulis sendiri. Orang lain yang tulis, penulis pun menetap di Indonesia. Sangka aku, di ceduk situ sikit, ceduk sini sikit. Kumpul-kumpul dijadikan sebuah buku. Tapi buku ini lain dari yang lain. Kita baca tulisan, seolah-olah Yvonne sendiri yang menulisnya. Tapi semasa kay KB, aku nampak dan terus bayar. Balik bilik aku terus baca. Tak sampai 2 jam pun boleh khatam. Terasa rugi, lambat aku membacanya. Tulisan yang menarik. Jalan ceritanya hebat. Teruja bila membacanya. Teruja dengan kecekalan seorang wartawan mencari berita untuk dikongsikan dengan warga dunia. Bila matlamat telah mereka tetapkan, tak ada lagi penghalang. Mereka bekerja ke arah matlamat tersebut. Kadang-kadang dalam pencarian menuju matlamat, nyawa mereka terancam sekali pun mereka tak kisah. Selepas 2 tahun keluar dari penjara Taliban, menjadi seorang muslim. Mengkaji islam selama 2 tahun, selepas keluar dari penjara Taliban dimana dia ditahan hanya 10 hari sahaja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan