Restoran Mamak Original Kayu Nasi Kandar, Bandar Permaisuri. Tempat bertemu dengan 2 sahabat aku. Kami dulunya sama-sama mengajar di SMTKL. |
Sahabat lama. ABZ(berketayap) dan Cikgu Daud. Kenal baik semasa sama-sama mengajar dulu. Sekarang aku dah cabut dari kerjaya cikgu. ABZ berpindah ke Politeknik Dungun, manakala Cikgu Daud masih menabur bakti di sekolah yang sama. Kini dah menjawat Guru Penolong Kanan 1. |
Sebenarnya kami dah lama tak bertemu. Masing-masing sibuk dengan kerja. Aku pun dah lama tak singgah kat SMTKL. Dah hampir setahun bokali. Gi sekolah pun bukan boleh borak lama pun. Malas nak ganggu masa kerja cikgi-cikgu. Kalau aku ke sana pun, aku lebih suka sembang-sembang dengan staf makmal. Boleh borak lama sikit. Tak ganggu kerja mereka.
Dengan ABZ lagi lama aku tak jumpa. Mungkin dah 3,4 tahun. Lagi pun dah lama tak ziarah Terengganu. Kalau ke sana pun bukan boleh jumpa. Sibuk dengan tugasan sebagai penjawat awam. Hari jumaat je, boleh jumpa. Hari lain, memang sukar. Balik kerja pun dah penat. Berulang-alik dari KT ke Dungun. Aku pun terkejut tadi. Dapat call, tengok nama pemanggil ABZ. Dia ajak jumpa. Ok saja.
Mungkin aku akan ke Terengganu minggu depan. Kalau jadi. Mana tahu jumpa leader hebat. Boleh boomkan market sana di bawah jenama Akademi Taipan181. Tak cuba, kita tak tahu. Orang Terengganu juga nak duit. Orang Terengganu juga ternanti-nanti peluang hebat ini. Orang Terengganu juga nak keluar negara juga. Orang Terengganu menanti-nanti aku barang kali, baru nak booom.(jangan dok perasan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan