Wow!
Terkejut aku.
Baby baca al-quran lepas solat maghrib semalam.
Satu perubahan yang menakjubkan.
Aku harap ianya berterusan.
2012.
Nampak lebih serius belajar.
Lebih serius buat kerja sekolah.
Lebih serius menghafal surah2.
Lebih serius solat.
Ahad, hari tu.
Baby sungguh-sungguh belajar.
Isnin ada ujian.
Satu perubahan positif.
Tahun lepas, Baby buat tak tahu je.
Tak kisah dapat berapa pun.
Tak kisah boleh buat ke tak boleh.
Gi sekolah pun, dah pandai pilih jadual.
Begnya taklah berat sangat.
Kalau tak semua buku Baby nak bawa.
Kami pun lebih serius.
Ada masa untuk semak Baby punya kerja sekolah.
Ada masa ajar Baby, sebelum ujian.
Ada masa, hantar Baby ke sekolah.
Ada masa teman Baby belajar malam-malam.
Elak ambil appointment lepas maghrib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan