Jom Follow

Jumaat, 17 Februari 2012

Jumaat yang Wow!

Lepas hantar Baby ke sekolah. Terus ke Serdang. Sempat breakfast bersama CDM Muhammad Razali. Pekena mee sup saja. Lama tak sembang pasal meniaga dengan CDM. Sibuk dengan tugas jabatan.

dah jumaat.
cepatnya masa berjalan.
ke mana hari ini?
semakin ligat berniaga.
jadual semakin penuh.
kutip dokumen.
hantar dokumen.
call bank.
transfer duit.
ambil barang kat stokis.
ada yang g bercuti hari ini.
(cdm jai dan cdm yati serta anak2 ke singapura)
appt penuh.
(seronoknya kalau hari-hari begini)
bukan setakat hari ini je penuh, esok pun sama.
bukan setakat esok je penuh, lusa pun penuh.
keajaiban berlaku bulan ini.
sentiasa ada je nak jumpa.
kalau tak join, guna produk.
semakin dapat rentak berniaga.
semangat kembali bertandang.
Dua keluarga, satu percutian. wow! lepas penat bekerja, cuti bersama anak-anak.

orang dah semakin faham.
tak boleh harapkan gaji semata-mata.
duit gaji semakin mengecil, akibat harga barangan kian naik.
nak bawa anak-anak gi bercuti setahun sekali pun tak dapat.
nak bawa anak-anak gi bercuti, 2 tahun sekali pun belum tentu dapat.
nak menyimpan pun tak pernah sempat, ada saja duit nak guna.
tahun lepas, dengan gaji yang ada, selesa juga.
meniti tahun 2012, duit gaji dah tak berapa nak cukup.
tahun-tahun mendatang, gaji pasti semakin tak cukup.
kena tambah pendapatan. kena ada pendapatan sampingan.
kena buat dari sekarang, dapat 4,5 ratus sebulan pun ok.
ringan sikit beban.

harap keajaiban terus berlaku.
meniaga menjadi-jadi.
masyuk pun besar..
tercapailah impian yang belum tercapai.
suara-suara sumbang kian tenggelam.
emosi kurang dijentik.
sentiasa berbunga-bunga.

wow!
indah berniaga ini.
sokong dan disokong.
bimbing dan dibimbing.
pimpin dan dipimpin.
bantu dan dibantu..
mara ke depan.
maju berniaga.
kukuhkan network.

wow!
tak semua suka.
apa aku kisah.
asalkan aku tak sakiti mereka.
asalkan aku tak susahkan mereka.
sekadar share peluang,
salah ke?
tak kan nak marah.
tak kan tak nak kawan,
tak kan nak bermusuh.
tak kan putus sahabat.
tak nak sudah,
minum2 je cukup.
kita tetap kawan.
kita tetap mesra.
dok gitu kawan.

Pasar tani Masjid Jamik Serdang.
Sementara tunggu CDM Muhammad Razali sampai,
kami singgah dulu kat sini.
beli apa yang patut, sebagai bekalan untuk 2,3 hari.
Lagi pun peniaga-peniaga kat sini, semuanya Melayu.
Sayur, ikan, daging, ulam-ulaman segar-segar.
terbaik dari ladang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger