Jom Follow

Jumaat, 24 Februari 2012

Merapu Pagi..

Semua orang tahu. semua orang maklum. semua orang buat contoh. siapa dia, kalau tak Thomas Edison. Penemu mentol lampu. bukannya sikit percubaan yang dia buat dan gagal. bukan 1 kali cuba, terus jadi. bukan 10 kali cuba dah jadi. bukan 50 kali cuba dah jadi. bukan 500 kali cuba dah jadi. malah lebih 1000 kali baru jadi. 

ha!ha!ha! cakap pandai. tapi bila kena pada batang hidung sendiri. baru tahu. jumpa seorang prospek, tak nak, dah frust. baru jumpa 5 prospek, prospek tak nak. dah kecewa sakan. baru jumpa 10 prospek, prospek tak nak. terus menyerah kalah. baru sikit, dah tak nak buat. baru beberapa orang kata 'no', dah angkat bendera putih. kalau macam ini, mana boleh berjaya. kalau macam ini, mana boleh jadi juara MLM. 

duit nak, tapi tak nak susah. duit nak, tapi tak nak cabaran. duit nak, tapi tak nak orang kata 'no'. susah, cabaran serta 'no' itu kena tempuh dulu. kena lalui dulu. kena langgar dulu. baru berjaya. tak percaya, tanyalah leader-leader anda. mudah ke. senang ke. semua prospek yang mereka jumpa kata 'yes' ke. semua prospek yang mereka temui, semua setuju join ke. tak bukan. malah mereka temui 'no' lebih banyak dari anda. tapi mereka tak give up. mereka tetap tekun. mereka tetap buat. akhirnya mereka berada dikedudukan seperti hari ini. dah jadi leader, dah tak ada penolakan ke. dah jadi leader, dah tak ada orang kata 'no' ke. masih ada kan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger