Jom Follow

Ahad, 26 Februari 2012

Wakaf Che Yeh.


Setiap orang yang melawat Kelantan, tempat ini masti sampai. Tak sampai, seolah-olah tak pernah sampai ke Kelantan. Bagi yang balik Kelantan, tempat ini, seboleh mungkin akan ke sini. Beli barang, tengok barang, borong barang. Macam-macam ada. Barangannya sama seperti downtown je, cuma suasana sikit berbeza. murah ke? itu aku tak pasti. aku ke wakaf che yeh, tak pernah membeli. sekadar tengoj-tengok je. beli makanan tu ada la.

Ziarah Kelantan baru-baru ini, gi lagi. Lagi pun ada kawan yang tak pernah sampai sini. Jadi ke sini jugaklah. Nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur, tak sempat. Banyak urusan. Urusan bina rangkaian. Urusan cari benih. Urusan tanam benih. Urusan bina kebun kat Kelantan pulak. Mana tahu  ketemu dengan benih yang baik dan mampu bertahan sehingga kebun tercipta. Kita berusaha dan berdoa agar Allah permudahkan pembinaan kebun baru di kawasan baru.

Mereka yang tinggal dan masih buat, ada tapi tak ramai. Ada pun masih malu-malu nak main yang besar. Masih dalam bertatih untuk bina keyakinan dan sedang berusaha menjadi lebih besar. Kalau ada rakan niaga baru dan bergabung dengan yang lama, lagi molek. Lagi cepat jadi, lagi cepat kebun dapat terbina.

Kali ini beras siam pun aku nampak ada 2 orang jual. Setahu aku tak boleh jual, tapi.....'Malaysia Boleh'

Gambar yang sempat aku rakam, semasa ziarah wakaf che yeh.

Jersi-jersi. nak club mana. nak negara mana. semuanya ada.

Kaset.cd dan vcd. Aku cari dikir barat. susah nak cari yang tradusional punya.

Jam...

Kain sarung, kain batik...

Kain ppase.

WoW! Jersi Cardif City pun ada.

Permainan kanak-kanak.

Musim pauh siam.

Penyangkut tudung, cantik tersusun.

Pop-pop pun ada. Muroh pulak tu. Kat KL berapa?



WoW! ramainya dok dok tengok acara melelong.


Selain jam ada juga hand beg dan spek mata/

Macam-macam jenama jam ada dijual.

WoW! jam juga. Mungkin lebi muroh kot. Tak ada kotak??


Jam cantik tersusun. Tengok pun dah menarik. Harganya boleh tanya. Peniaganya mesra.

WoW! Baju budak-budak.

Pilih jangan tak pilih.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger