Jom Follow

Rabu, 15 Februari 2012

Ladang MLM...

Meniaga MLM.
Kena bina banyak ladang.
Satu ladang tak jadi, ada ladang lain sedang jadi.
Betul ke begitu?

Terkedu juga aku.
Nak buka satu ladang bukannya mudah.
Kena betul-betul fokus, tak boleh main-main.
Nak jadi satu ladang bukannya sekejap.
Mengambil masa juga. Ada juga 6 bulan. Ada juga 1 tahun ambil masa.
Itu pun kalau tempat itu dah ada kelas yang konsisten.

Lagi satu.
Kalau kita masih baru.
Banyak bergantung pada upline.
Upline sibuk, kita lagi susah nak belajar.
Jalan terbaik, belajar cepat-cepat.
Buat sendiri, cepat-cepat bina keyakinan untuk berdepan dengan prospek.
Bila dah yakin, boleh menari sendiri dan boleh bawa prospek datang kelas.
Insyaalah ladang bakal wujud dan hasilnya kita akan kutip.

Kalau nak buka ladang jauh dari tempat kita.
Ketika belum pandai, belum mahir, masih bergantung pada upline.
Susah sikit. Ada ke masa upline untuk bantu kita jauh-jauh.
Adalah lebih baik, kita sendiri yang buka ladang tersebut.
Tanpa mengharap upline bantu,
cukup sekadar doa dan ambil kisah terhadap kita.
Tak merungut kalau bergerak sendirian.
Tak merungut kalau kena berkali-kali turun ke ladang baru.
Tak kisah berhabis duit, untuk bina ladang ditempat baru.
Bukan sekali dua pergi, dah jadi.
Mungkin kita kena turun setiap bulan
, malah setiap minggu untuk jayakan ladang baru.
Lagi payah bila kelas tak ada ditempat baru tersebut.
Semuanya tertanggung dibahu kita.

Ladang oh ladang.
Tanamlah dengan pokok2 kekal.
Tanamlah pokok durian...
Tahan lama, hidup lama,hasilnya lama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable