Jom Follow

Jumaat, 24 Februari 2012

Masih Menunggu

masih menunggu.
katanya jam 10 pagi mahu bergerak.
masih ada urusan yang belum selesai.
Aiman dah 2 kali call. 
tanya bila sampai?
bila nak ambil dia?
juga pesannya jangan lupa bawa termos dan kupiah. 
kami dah janji dengan dia, malam ni nak bawa makan pat pet belum kat PCB.
kami tahu, dia memang suka sangat makan belut. 
kami dah terbayang-bayang, macamana dia membelasah belut malam ini.
aku masih muak dengan belut. macam baru semalam aku makan.
padahal  kali terakhir aku makan belut, ketika balik chek aku meninggal. 
tak tahu kenapa? tapi itu rasa sebelum jumpa lagi pat pet belut tu.
mana tahu kalau jumpa, melantak sakan. hi!hi!hi! cakap tak serupa bikin pulak.
tak apa, kita tinggalkan kisah belut tersebut.
Nasi Goreng Ikan Masin, Restoran Rejab. bukan mamak goreng, tapi pekerja dari siam. sedapnya boleh tahan. tak rugi oder..

kita masuk bab lain pulak.
kenapa kami balik kelantan?
ada kelas, kecantikan. habis tu apa fungsi kamu ikut sama.
mana tahu, kot-kot ada seorang 2 yang nak gi.
mana tahu, bukan setakat gi kelas kecantikan, terpikat pulak dengan produk.
mana tahu, bukan setakat terpikat dengan produk, nak buat duit dengan produk tersebut.
mana tahu, bukan setakat nak buat duit dengan produk, nak jadikan kerjaya pilihan.
segalanya mungkin, tergantung kepada program esok.
hati terbuka, setelah ikuti kelas kecantikan. 
kalau ikutkan kelas-kelas sebelum ini, hasilnya tidak mengecewakan.
apa yang boleh kami lakukan, doakan.
doakan agar, bakal prospek tersebut akan muncul pagi esok.
segala-galanya bisa terjadi.
dah lama bergelumang dalam dunia perniagaan ini.
last minit dapat impo, tak jadi datang. 
ada kerja yang wajib buat, so lain kali kalau buat, dia akan datang.
hi!hi!hi! dah biasa sangat bertemu kes-kes begini, lebih-lebih lagi kawan lama yang dah lama tak ketemu. ajak datang pun sekadar call saja. tak bertemu mata. dia pun tak segan dengan kita. tak datang pun tak jejas persahabatan pun. kita pun tak terlalu mengharap dia datang. kalau datang. wow! seronok boleh jumpa, itu saja.

masih menunggu. dah jam 11.20 pagi. bila nak bertolak ni. lewat bertolak, lewat pulak sampai. lewat sampai, lewat dapat rehat. bukan aku yang bawa pun. naik dan duduk je. paling kuat pun tidur sepanjang perjalanan. lagi pun, aku tidur hanya sejam je semalam. tersedar, langsung tak boleh lelap lepas tu. ingatkan balik hantar anak sekolah boleh tidur, pun tak boleh, sampailah sekarang. nak simpan, atas kereta nanti.hi!hi!hi!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger