wow!
masih hidup lagi.
boleh bertemu lagi.
boleh jumpa lagi.
apa-apa pun boleh,
asalkan hidup dan
sedar yang diri tu
masih hidup.
sabtu.
apa cite.
ada meniaga ke hari ini?
ada jumpa prospek ke hari ini?
ada urus dokumen ke hari ini?
ada hantar dokumen ke bank ke hari ini?
oooop! cuti, mana bank buka.
tunggu isnin la kalu gitu gak.
ada pos barang ke hari ini?
cuti ke tak cuti.
meniaga tetap jalan.
simpanan kena ada,
bukan setakat ada,
kalau boleh mesti banyak.
simpanan untuk pendidikan anak-anak.
dah ada ke belum?
kalau ada untuk berapa anak?
anak pertama dah ada berapa?
anak ke 2, dah ada berapa?
anak ke 3, dah ada berapa?
aku ada baca paper,
keluarga Cina, mesti ada simpanan untuk pendidikan anak-anak mereka.
setiap anak mesti ada simpanannya sendiri.
tak simpan satu tabung sahaja.
yang aku baca tu,
anaknya baru belajar tingkatan satu.
tabung pendidikan anaknya sehingga tahun pertama kat U sudah ada.
kerjanya lepas ini, nak cukup untuk tahun ke 2.
wow! awalnya persediaan mereka.
aku juga ada sembang dengan orang kampung aku la.
kerja kampung, tanam padi, tanam sayur, bela lembu, bela ikan...
segala kerja-kerja kampung dia buat, asalkan boleh jadi duit.
dia juga ada buat persediaan untuk pendidikan anak-anak dia.
dia bela lembu, sebagai persediaan nak masuk U.
1 lembu untuk 1 semester.
wow!
canggih tu.
anak nak masuk U,
jual 1 lembu.
mak naik tahun 2,
jual lagi 1 ekor lembu.
Jom, mula menabung untuk pendidikan anak-anak.
bermula dengan RM50 sebulan untuk satu anak.
kalau ada lebih, kita boleh naikkan jadi RM100, RM200 ke,
bergantung kepada pendapatan yang masuk.
kalau perlu pendapatan sampingan, kita cari pendapatan sampingan.
tak salah, demi masa depan yang lebih cemerlang.
nak sekolah tahfiz pun kena ada duit.
RM300-RM500 juga sebulan.
malah ada yang lebih mahal lagi.
tergantung kepada kemudahan yang disediakan.
jadi, kena ada duit juga.
jadi jom kerja rajin-rajin,,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan