Jom Follow

Khamis, 23 Februari 2012

Masih Kaum Miskin.

Harian Metro hari ini.
"Masih kaum miskin" kata Tun Mahathir Muhamad. Dah merdeka lebih 50 tahun. Siapa yang salah. Kerajaan ke? Rakyat ke? Aku malas nak ulas sangat pasal ini. Lebih baik, kalau kita cakap pasal kita. Kita tengok diri kita. Kita muhasabah diri kita.

Adakah tak cukup usaha. Adakah tak cukup kerja. Adakah tak sungguh-sungguh kerja. Adakah kita tak kuat hadapi persaingan? Adakah kita tak kuat semangat? Adakah kita tak cukup ilmu?Adakah kita dah cukup selesa.

Ikut kajian pun, pendapatan isi rumah di bawah RM3000 masih dikira miskin. Tak payah tanya lagi, siapa mereka itu. Dah pasti orang melayu paling ramai. Tak percaya ke?

Dah tak ada jalan nak keluar dari perangkap kemiskinan. Aku yakin pasti ada. Kalau kaum cina boleh, kenapa orang melayu tak boleh. bezanya orang cina suka kerja sendiri/berniaga sendiri. orang melayu suka makan gaji. orang cina sanggup kerja 10-14 jam sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger