Jom Follow

Jumaat, 24 Februari 2012

Tukar Kepada Astro B.yond

Jam 5 petang tadi. Dah tukar dari Astro biasa kepada Astro B.yond. Terpikat dengan cakap-cakap orang(share kemolekannya), layan bola Astro B.yond best. Lebih jelas gambarnya. Mungkin lebih syok menonton perlawanan bola sepak, tak ada lagi penyakit TV tengok aku. hi!hi!hi! biasalah tu, tahan mata bagai nak rok, bila perlawanan mula, mengantuk pun tiba. Sekejap nampak bola, sekejap tak tahu nampak apa, tahu-tahu habis.

Setakat ini belum menikmati sepenuhnya Astro B.yond. Malam ni kan ada bola. Tapi rasanya tak tengok kot. Esok pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah. Bertolak ke Kelantan. 

Piring putih ditukar kepada piring hitam. Aku sempat juga bertanya. Berapa rumah pasang sehari. Hari ini ada 6 buah rumah. Rumah aku yang last. Biasanya dalam seminggu ada 20 pemasangan. 1 pasang dapat claim RM100(ada kawan yang buat ni). Kalau 20 seminggu, dah dapat RM2000. Satu bulan, cecah RM8000. Tapi 3 bulan baru dapat duit tu.



Kotak dekoder baru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger