Jom Follow

Rabu, 22 Februari 2012

Selepas Hantar Anak...

wow! teman anak pilih jadual. Lepas pilih jadual, hantar anak ke sekolah. Seterusnya cari kedai, restoran, warung untuk breakfast sambil baca paper. Kalau tak ada appointment pagi, balik rumah dulu. Rehat-rehat, santai-santai, main dengan anak dulu ataupun call prospek, buat appointment. Jarang sangat, ada appointment pagi-pagi. Pagi-pagi jalan sesak. Kalau ada appointment pagi, mesti lepas jam 9 pagi. Semua orang masuk kerja. Baru kita keluar kerja...

Habis appointment, balik rumah. Kalau masih ada lepas tu, tunggu appointment dulu. Dah masuk rumah, malas nak keluar semula. Sejak 2 menjak ini, appointment biasanya ada 1,2 sahaja. Lagi pun rakan niaga dah boleh buat sendiri. Rakan niaga dah mahir. Rakan niaga dah confident share peluang. Appointment sikit kurang, ada masa lebih rancang masa depan. Ada masa rancang perjalanan perniagaan 1,2,5 tahun akan datang.

Malam pun dah tak selalu keluar. Kalau ada pun 2,3 kali seminggu sahaja. Jadi malam, ambil kesempatan bersama dengan anak. Ada masa tengok-tengok kerja sekolah. Bantu anak buat kerja. Bantu anak belajar. Nampak sikit ada improvement. Anak pun seronok, diberi perhatian. Ada kisah dengan persekolahan, berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas, dia buat tak kisah. Ujian dapat berapa pun dia tak kisah. Asalkan gi sekolah sahaja.

Kadang-kadang appointment tak ada 1 hari. Lepas hantar anak ke sekolah. Balik rumah, rehat. wow! seronoknya hidup. Call stranger. Call rakan niaga, bertanya kabar. Call rakan niaga, sembang sambil suntik motivasi sikit-sikit. Call rakan niaga, bincang hal-hal group. Call mentor, minta nasihat serta motivasi.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger