Jom Follow

Isnin, 13 Februari 2012

MLM; Bukan sekadar wang sampingan

Temubual wartawan Meja Bisness dengan Shawn Larsen.

Setiap tahun banyak syarikat jualan langsung mengembangkan perniagaan di negara ini. Bagaimanakah situasi industri jualan langsung di Malaysia?

Malaysia sedang pesat membangun dan kepesatan pembangunan serta kestabilan ekonomi menjadikan antara pasaran utama bagi syarikat jualan langsung.

Apa bila ekonomi pesat membangun, terdapat permintaan tinggi bagi produk kerana pelanggang mempunyai kuasa beli tinggi. Ketika masa sukar pula, ramai beralih kepada jualan langsung kerana sumber pendapatan alternatif. Berikutan itu, jualan langsung diunjurkan terus berkembang pesat dan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi Malaysia.

Adakah keadaan ekonomi semasa tidak menentu memberi kesan kepada perniagaan jualan langsung di Malaysia?

Apa yang menarik mengenai perniagaan jualan langsung, setiap kali berlaku kegawatan atau krisis ekonomi, industri ini semakin meningkat memandangkan minat orang ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Di mana-mana negara, industri ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada sektor perdagangan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain menjadi penyumbang terbesar kepada subsektor lain dalam kategori perkhidmatan.

Kini, zaman sudah berubah dan jualan langsung bukan lagi untuk mendapatkan pendapatan sampingan tetapi sebagai kerjaya tetap yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menjanjikan kebebasan kewangan serta pembangunan identiti. Boleh huraikan perkara ini?

Setiap perniagaan mempunyai strategi tersendiri.

Bagi menjalankan perniagaan jualan langsung herus mengimpikan kejayaan besar, tidak menyatakan 'tidak' atau berputus asa. Ia perlu diiringi kesabaran dan sanggup menanggung risiko untuk memastikan kejayaan dalam genggaman. Individu ini juga bersedia untuk gagal dalam usaha mencapai kejayaan.

Apa yang menarik, syarikat jualan langsung menyediakan isentif menarik kepada pengedar serta pakej wang tunai, pelancongan dan percutian serta insentif lain. Setiap tahun, pasti banyak syarikat baru mengembangkan perniagaan dan pastinya mempunyai daya penarik tersendiri untuk mendapatkan ahli.

Perniagaan jualan langsung sering dikaitkan persepsi negatif akibat pelbagai sebab. Nasihat kepada orang ramai supaya dapat membezakan syarikat jualan langsung tulen dan yang ingin mengambil kesempatan?

Ia tanggapan salah apabila orang ramai menganggap perniagaan jualan langsung ialah skim pemasaran berbilang tingkat (MLM) sebagai penipuan. Persepsi negatif ini timbul kadang-kala akibat amalan pengedar tidak beretika, perbezaan antara perniagaan jualan langsung dan skim piramid, syarikat tidak berlesen, menjual produk tidak berdaftar dan penjual tamak yang mencari mangsa.

Bagi yang pernah menjadi mangsa sama ada skim piramid atau skim cepat kaya, mereka mula menjauhkan diri apabila diperkenalkan dengan wakil jualan langsung. Orang ramai perlu menyelidiki latar belakang syarikat yan ingin disertai. Buat kajian terhadap produk ditawarkan melalui pembacaan atau bertanya supaya mendapat maklumat jelas mengenai setiap syarikat jualan langsung yang ingin disertai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger